Monday, 5 December 2011

Baby, credit cards aren't romance


Kalau tak kena selera, skip je video ni. Tapi lately ni saya ntah penyakit apa, sampai siap burn cd lagu-lagu P Ramlee untuk dengar dalam kereta. Agaknya dah tak berapa asyik lagu-lagu yang baru kot. Tu telinga saya lah. Kalau hindustan, lagi lah asyik. Hehe. Best jugak sesekali dengar lagu-lagu ada jiwa macam ni. 

Janganlah boring kalau saya asyik cerita pasal cinta & kasih sayang ek. Ada one day ni saya dalam kereta betul-betul berenti kat traffic light nak pergi Taman Tun. Ada satu pasangan lelaki & perempuan ni, lelaki duduk kat wheelchair, yang perempuan tolak. Tersekat-sekat struggle nak lintas jalan. Tak pasti lah kan dari arah mana, tapi memang struggle lah, dengan kereta banyak, nak langkau divider lagi. Tengah panas pulak tu. Haih dalam hati saya, ni memang betul cinta. Nak ditolak ke mana agaknya sampai kena teruk-teruk lintas jalan ni?

Dua-tiga hari lepas tu, betul-betul depan tangga kedai saya, pasangan yang sama, yang lelaki dengan bertongkat naik tangga, yang perempuan tolong pegang. Lah. Nak pegi terapi urut tulang belakang rupanya. Atas kedai saya ada satu pusat urut tulang belakang, teknologi Jepun or something. Aduhai..suaminya tu kena stroke rasanya. Marah-marah dia bila isteri nak tolong pegang, agaknya dia nak buktikan yang dia dah boleh jalan sendiri, walaupun susah. Tu lah baru cinta. Till death do us part. Selagi belum mati. 

Susah sebenarnya nak faham erti & rasa cinta ni. Nak kena tengok cerita Ombak Rindu dulu ke? Eh ada orang nangis tak cukup air mata tau, tapi ada orang takleh nak nangis langsung. Saya belum pegi tengok lagi. Seronok dok dengar review orang yang dah pegi. Antisipasi gitu. 

Cinta ni kalau dah sampai tahap tak faham-faham, boleh jadi complicated dan confusing. Cinta ke tak cinta ni kan? Bila dah lama usia percintaan, sampai terlupa sebab kenapa jatuh cinta, pandang pertama ke, pandang kedua ke. Kata Saiful Islam, yang saya ingatlah, cinta dalam rumahtangga semakin hari semakin kuat, kerana dah banyak lalui pahit manis sama-sama. Cinta ni dah level tinggi. Mawaddah namanya. 

Normal lah. Takkannya dalam kehidupan sentiasa bergelak ketawa, tapi mesti ada kenangan ataupun peristiwa yang kita boleh sama-sama tersenyum. At least takde lah stress je kan. Yelah, kehidupan seharian ni kan penuh dengan segala macam tuntutan, duniawi dan ukhrawi, sampai terlupa benda-benda basic macam ni. Tapi yang selalu orang lelaki lupa (haha..nak attack jugak tu), ialah orang perempuan hanya perlu perkataan atau perbuatan simple yang results to kita (perempuan lah) "blushing". Bukan sebab pakai blusher tau, tapi malu seolah darah mengalir begitu cepat keseluruh pipi or tersipu-sipu nak angkat muka or terketar-ketar suara nak berkata-kata. Haih. 

J.Lo kata "My love don't cost a thing". Boleh kot cuba ek? 

No comments:

Post a Comment