Wednesday 30 November 2011

Don't look back in anger

I remember one of the things (?) that I dislike when I was working was that the inability, my inability to bring forward or escalate the solution that I have for issues in my daily work/task. Issues unresolved macam keje tak siap-siap. Macam kita tahu solutionnya apa, we tell our boss and boss tells bigger boss and it stops right there. Nothing happens. Nothing can happen unless. Does this happen  everywhere because that is how the system works? Sickening. I hated that I can't resolved issues. Not blaming anyone else but me. Oh by the way, I miss corridor gossips, free lunches, long lunch hour on Fridays, more corridor gossips, instant communicator (of course) and Kinokuniya, oh I miss KLCC! A friend once ask me when is my cuti, well, you must know that working on your own is the real meaning of flexi hours, but since most of my friends work 9-5, I am basically friendless.Even if cuti, no friend can join me. But that's ok. I just hope my friends don't forget that I once existed in their lives. Over. 

Anyway,  I found a very helpful book for starters like me, or you, if you have decided that you want become a restaurateur. Very detailed but easy to understand and is generally applicable to any restaurant/cafe start-ups. 


My best friend suggested this book, which is also good for the tips and how-to's, very helpful. Difference is that, Sahar & Bobby orang berduit and bijak pandai. The big decision comes from you. Ada idea tapi simpan je or ada idea dan buat sesuatu. What Sahar & Bobby did was they acted. Think & decide whether you are eligible to become an entrepreneur. Kalau rasa half-half tu, err..baik jangan. Better not. 



A month ago, a friend confessed that one of the reason that stops her from taking her leap of faith is that she is currently being held captive by her boss. You know lah, when you are so good at what you're doing and that you've been doing it for so long, the boss is very comfortable and don't need to worry because you will not slack off which means the boss's performance is actually relying on your good self hardwork. And then one day you tell the boss that it's time for you to move on, the boss without a hint of guilt simply says that "Oh, I am not letting you go". Can ke like that? Dah la kita ni takut nak berhenti keje, terkial-kial cari idea apa nak business, dia pulak cakap macam tu. The boss is simply being selfish, no? 

Anyway, since she's still doing thorough research, If I'm not mistaken, she's very well informed about the business already, the difference is that whether or not she's going to print the job title on her own company's business card, only time will tell. This I tell her, if you can do it for your current employer, you can do it for your own company, one fine day. Only you can make your dreams come true. Don't take too long nanti the burning desire terpadam pulak :)

Sorry lah dok bebel benda yang sama. Balik-balik pasal whether or not you want to become a businesss owner. Rata-ratanya ramai sangat nak buat business tapi tak buat-buat jugak. Hadap jugak keje yang kalau mula-mula dulu suka, tapi lama-lama dah takde rasa apa. Eh, feeling nothing at all ni bahaya tau.

Oh ya. Tadi on the way balik to KL, singgah tepi padang kat Rapat Setia beli kuih keria. Sebenarnya tengok pun dah tau, tapi beli lah juga. Yang tak faham tu, kenapalah buat kuih tak ikhlas. Cuba buat macam Mak Jah, kuih keria, kena rasa keledek, tapi dia buat keria rasa macam nak buang dalam longkang. Eh, tak baik, rezeki. Tu lah dia, orang Melayu. Tengok Cina buat mee sup pekak pun beriya-iya, nampak sedap, rasa pun macam sedap sebab tengok kat AFC kan. Tak kena mengena tapi saje nak bagitau, buat lah sesuatu tu tak kiralah apa, buat betul-betul, kalau tak, baik jangan buat.

Tuesday 29 November 2011

Tak Mungkin Berpaling





Tahniah Uncle Mus. Kwe Mwe is now officially open. The only way forward is forward. Semangat! 

Kwe Mwe is located at Giant Kota Damansara. 

Talk so much no use. Tak sempat-sempat pegi lagi ni. Copet pic from Kwe Mwe facebook. 

Dengarlah Gemala Hati

Kak Zu (2nd from left). Yang paling kiri tu single. Yang baju pink tu I'll have to confirm the status ;) 

Picture above is taken from Leli's facebook. Kak Zuraidah passed away recently and I cannot help but write about lost again. Of all happenings yang tak sehappening blog Vivy, news about passing la yang bagi impak maksima. Because death dengan sendirinya buat kita terdiam dan berfikir adakah kita akan bernafas lagi esok pagi, bangun sebelah suami kita yang masih nyenyak tido, cium kepala anak-anak kita dan meneruskan kehidupan seharian kita.


Dah 3 minggu kak Zu pergi. Al-Fatihah~


Selalu kita berdoa dipanjangkan umur, harap-harap bermanfaatlah umur kita yang Allah pinjamkan, bak kata Prof Dr Muhaya, nikmat yang Allah bagi macam prepaid. Anytime boleh habis. Mati takleh top-up2 dah wei.

Death is nothing new and hopefully this writing benefits you. I'm telling you, the bebelan below is also nothing new.

From my understanding yang sangat cetek dan observation yang tak seberapa, death :

  • Motivates us to be better. Better isteri, better mother, better daugher, better sister. Just better. Takkan ada kesudahan usaha untuk jadi better, sampai mati. 
  • Reminds us that dunia takkan habis dikejar. Penat lagi ada & bazir masa kalau takde allocation yang adil untuk akhirat
  • Reminds us that perlunya cinta, pada Allah yang paling utama, lepas cinta Allah, barulah datang cinta yang lain
  • Tells me that I want Ammar Zhaqwan to be the one yang bacakan talkin when the time comes for my jasad untuk tido dibawah sana nanti. It should be the last speech yang bermakna untuk semua orang yang dengar masa tu (harap-harap ramailah yang dtg during my funeral. Boleh ke mintak camtu)
I could write some more but not today lah kan. Esok-esok taktau apa nak tulis. Ini pun amik masa berhari-hari pikir, apa lah nak tulis. Dalam hati macam-macam nak dishare tapi kena pilih-pilih jugak.

Syukur dapat makan durian hari ni. Thank you Opah :)

Ni bukan saya kokah durian dan kulit-kulitnya sekali, ni selepas makan 5 ulas durian. Tak ingat awak tu breastfeed cik oi. Breastfeed? Lagi 3 bulan cukup 2 tahun fully breastfeeding! Wow Hazleen! Ek eh. Takde kena mengena.

Any Given Sunday

Tengoklah video ni. Dengar dan rasa. Apa yang membezakan kita ialah kalau kita buat pilihan. Pilih untuk jadi lebih baik dan bermanfaat. Kalau hidup tak memberi manfaat, apakah maknanya.

Thursday 24 November 2011

Ku katakan dengan indah



I came across Ustaz Zaharuddin saying something like this " Kalau nak menulis, pastikan kita sendiri tak bosan baca apa yang kita tulis". Sounds easy ke? At first, the reason to start penning down is because masa tengah buat house chores e.g. cuci pinggan, iron baju, ada je perkataan-perkataan berlegar-legar dalam kepala yang rasa macam nak luahkan tapi bukan pada room mate. Not because he wouldn't understand, because your room mate reads you like an open book. Eh..what was my reason ek? 

Kan my brother got engaged hari tu.Now that they have decided on the wedding date, I volunteered to become the wedding planner. Macam tak percaya je. 
So the reasons are mostly because : 

a) I am the only one among my siblings yang volunteer
b) During my wedding, I was not involved in the preparations other than my own baju, make-up & hantaran 
c) I am the eldest, so I am the kakak yang gila kuasa

No lah. I am kidding about the part gila kuasa. Sebenarnya, nak jadikan wedding my brother ni sebagai "sijil peperiksaan", to see if I can really go and pursue event management and memperluaskan empayar perniagaan pada masa yang sama. Empayar ke? Perasan tak nowadays, people do more than one job, more than one career. Kalau tengok belakang name card tu, sampai tak muat nak tulis jawatan yang dipegang. Tu kalau yang memang business owner. Tapi kalau yang ada full time career, ramai yang dah buat part time untuk pelbagai reason yang tersendiri. 

Dalam buku "The Element" by Ken Robinson, dia cakap one day dia nampak anak lelaki dia tengah buat assignment. Dekat komputer ada 4-5 screen Microsoft Word, chatting window pop-up kejap-kejap, telefon berdering angkat, tengok tv tak tinggal. He specifically said that "It looks like my son is running an empire". Multitasking tu bukan benda asing hari ni. Alah kalau kat office dulu pun macam tu la jugak. Kadang-kadang, window chatting & Internet Explorer tu lagi banyak dari window Microsoft Excel. Oh was it just me, hence I quit my job so that I don't have to feel guilty?  

There is nothing wrong with having only one job but isn't it rugi if masa muda tak digunakan untuk explore other opportunities ataupun belajar cuba buat benda lain yang boleh mendatangkan faedah pada diri sendiri dan dapat berkongsi dengan orang lain? 

So I googled serba sedikit apa yang perlu di-plan untuk menjayakan sebuah wedding. To my understanding la kan,  secara simplenya, majlis perkahwinan ni untuk meraikan kedua pengantin dengan menjemput orang-orang terdekat menjamu selera dan dapat bawak balik sedikit buah tangan. 

Tapi...look at this list of things that need to be paid attention to:

1. F&B - Ruz Aladdin la who else
2. Emcee 
3. Light & Sound
4. Floral arrangement
5. Pelamin
6. Wedding favours/gifts
7. Floor manager,Penyambut tetamu 
8. Guest list
9. Photographer/Videographer
10. Baju Pengantin & Make-up
11. Baju Family -  Lelaki
12. Baju Family - Perempuan
13. List of family/friends yang akan pakai seragam 

And the list will grow....Dah siap dah scrapbook berlabel2, bertampal2 kalahkan orang yang nak kawin. Ye lah, masa kawin dulu tak buat sebab dah tak sabar nak kawin, budget pun cukup-cukup so takde lah beriye sangat. 

Hopefully I won't go crazy when we go to Jakel next week. Mana ada orang tak lupa daratan tengok kain-kain kat Jakel kan. 

Wednesday 23 November 2011

Empire state of mind




No, am not going to write about Hermes Kelly.Of course not. This particular Kelly belongs to Garance Dore. Beyond. 

Hari tu terdengar on BFM radio Action Coach, Jeevan cakap pasal gain control of your thinking, choices and habits. Tak dapat nak jot down sebab tengah drive la kan. But he gave some tips yang perlu diambil kira kalau kita nak buat perubahan kot. Something to do with awareness, horizon thinking, make small daily better choices and ownership. People like Jeevan uses BIG words yang kita tak pernah terpikir nak guna. Well, who uses "horizon thinking" in their daily conversations? 

One thing yang Jeevan highlighted is that in order for us to think better thoughts, is that we should ask better questions. Huh. Memang ada kan orang tanya soalan tak berapa bijak dan membuang masa kita yang mendengar. Ataupun pernah tak come across orang yang tak ada sense of humour? Samada dia tak pandai melawak sikit pun or bila kita melawak dia tak berapa faham? Haih. Apa kena mengena? 

Ada terbaca dalam buku Robin Sharma " The words you use will influence the life you live. Select them wisely". Camne nak explain tu? Senang cerita, cakap benda yang elok2, guna perkataan yang baik2. Kita kan nak orang anggap yang baik tentang kita, so kita present la diri kita dengan sebaik-baiknya. 
Senang ke susah tu. Adakalanya susah juga. Especially time marah or tengah emosi. Ujian betul kita ni sebagai orang Islam nak kena jaga percakapan, perlakuan so that orang tak mempersoalkan diri kita dan agama kita. 

Oh and baru-baru ni kawan saya cerita yang kawan-kawan dia mostly fully syariah compliance dalam pemakaian. Stokin, long sleeve top, tudung menutupi dada and all. Dia tanya "Kita bila?" 
Terus jugak saya teringat kata-kata Coach Jeevan "Recruit some friends to join you in establishing your new routines/rituals around new habits" . For example, if we decide to become a vegan, we become friends with more vegans, eat more vege etc. Bersemangatlah nak berubah sebab ada yang sokong. Same goes to our mission jugak. To properly comply in menutup aurat. Bukan bungkus. Ustaz Zamri kata kalau bungkus, macam nasi lemak, nampak situ sini terkeluar sikit2 itu dan ini. Kalau tutup, macam tutup dengan tudung saji lah, takleh nak teka apa kat dalam unless bukak betul. Mungkin boleh ajak kawan-kawan join projek tutup aurat betul2, berkawan dengan muslimah2 yang tutup aurat betul2 etc etc. InsyaAllah. Eh asyik InsyaAllah je....Bila nak buat ni? InsyaAllah~ 

Masa tengah tulis ni ada sorang very friendly customer tegur, dia dah lama tak datang. I couldn't quite figure out sebab dah tak ingat sangat orangnya. Teragak-agak juga so saya simply respond "Hai, lama tak nampak" sebab at the same time tengah fikir pasal kes NFC yang I still couldn't let go off and why I take the cow fiasco oh so personal. Just you wait. 

Bercampur-campur isi kandungan. Hehe. Tapi camtu lah. So many things kan dalam kepala kita semua ni. Kalau boleh nak buat program yang boleh print out terus orang boleh baca what's on our minds. Allahua'lam. 


Saturday 19 November 2011

Suatu Masa

Antara cerita yang paling saya suka dengar ialah cerita tentang cinta. Tahun ni, ada beberapa orang cerita kat saya tentang putus cinta.  Dalam ramai-ramai yang putus cinta tu, ada yang sudah ada pengganti dan ada juga yang masih tercari-cari. Walau apa pun, apabila putus cinta, kita harus bangun dan cari kekuatan dan semangat supaya kita sekurang-kurangnya dapat tersenyum semula. Sesungguhnya kita semua hanyalah tidak lain dan tidak bukan sentiasa mencari bahagia, dan kita mahu ada orang untuk dikongsi bersama rasa yang kita rasa. Tiap kali saya fikir tentang rasa cinta, saya tak dapat lari dari teringatkan bait-bait lagu ni. Menyentap sungguh.


Suatu Masa 

Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata 
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti manakah ilhamku

Cahaya dimatamu
Senyum dibibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Disaat begini aku merindukan


Saya belum tengok movie ni, tapi saya dah cair baca quotes dari buku nya. Jiwang miwang.



“I finally understood what true love meant...love meant that you care for another person's happiness more than your own, no matter how painful the choices you face might be.” 
 Nicholas Sparks, Dear John

Semoga tidak putus asa dalam usaha mencari cinta :)

Stop Right Now, Thank you very much

What do you call when you are thinking of something and wants to write or say about it but all of a sudden it appears in front of you? In my case, I was juuuuust about to write about why the show Keeping Up With The Kardashian should be stop from being aired on TV. So I just want to google their images, and this pops up.



Hah! I am not alone. Enough is enough. The reason I watch this show was purely because they are pretty and fanciful. Hakikatnya, season after season they've become more and more biadab and tak relevan, I cannot help but find no value being portrayed by each and everyone of them. Or memang diorang sengaja berbuat dan berlakon sebegitu. Apart from being a close knit family and successful fashion line, I am not sure to what extent the success is, tidak ada apa yang positif yang boleh dipelajari dari keluarga ini.

Mungkin ada yang akan kata "Lah, baru tahu ke?". Ye. Baru sedar. Tu belum series-series Hollywood lain yang hanya lebih kepada propaganda lifestyle diorang yang lebih kepada merosakkan.

Sekian terima kasih. Emosi tertipu hidup-hidup dek cinta sampah Kim Kardashian, walaupun sebenarnya boleh agak, tapi was in denial. Room mate saya awal-awal dah kata "Tak lama lagi cerai la tu". Sekali betul. Sheesh.

Gold Digger



Tengok tak dalam cerita Ali Baba, semua bayaran dibuat dengan wang emas? Kalau dalam tu, Ali Baba  dan 40 penyamun ni berpengkalan di Kota Baghdad.Tak pastilah zaman mana yang P.Ramlee pilih sampai boleh terfikir nak guna wang emas dalam aktiviti jual beli. Gua yang dirompak pun ada wang emas dalam peti besi. Hehe.

Mengikut sejarah, matawang emas dan perak menjadi matawang rasmi sehinggalah kejatuhan Khalifah Al-Rashideen, dimana fulus (wang kertas) telah digantikan oleh negara-negara postcolonial selepas perpecahan dunia Islam. Akibat daripada pelupusan matawang Islam, umat Islam sendiri seolah-olah lupa bahawa emas dan perak adalah satu-satunya matawang yang paling stabil sejak dulu hingga ke hari ini.

Basically, if you are totally unaware,  Dinar has bigger value than Dirham because Dinar is made of pure gold whereby Dirham is made of silver. Boleh baca serba sedikit sejarah tentang matawang Islam di  website Kelantan Golden Trade Sdn Bhd

Currently, Ruz Aladdin TTDI is one of the restaurant in Tmn Tun that accepts Dinar & Dirham as a mean of payment for food and drinks served.

In short,
1 Dirham = RM25.00 and they come in 1 Dirham, 2 Dirhams and 5 Dirhams. So if you buy 5 dirhams, your money is RM125.00 in value. Lebih banyak anda beli Dirham or Dinar, lebih kayalah anda. Lebih kaya dari Abdul Wahub! :) 



Itu lah serba sedikit yang saya tahu. Ruz Aladdin TTDI first accepted this currency back in June this year dan masih menerima respon yang suam-suam kuku. Sedikit sangat yang sedar akan nilai dan kepentingan matawang Islam. Malah rasanya saya sendiri adalah antara golongan yang endah tak endah dengan matawang Islam ini. Alangkah bagusnya kalau lebih banyak kempen dijalankan untuk meningkatkan kesedaran tentang matawang Islam khususnya dikalangan orang Islam dan rakyat Malaysia secara umum. 

Saya ada terbaca juga serba sedikit tentang gold trading, e-dinar dan sebagainya. E-dinar ni macam bank juga. Buy the currency and they guarantee that your account will be 100% backed by physical gold & silver. Boleh simpan dalam vault lagi. Ye lah, manalah tau nak beli berkoyan-koyan. Takkan nak simpan bawah bantal pulak kan.

In conclusion, bila kita ada lebih fulus, kita tukar dalam bentuk silver atau gold dan simpan. Keadaan ekonomi yang belum menampakkan perkembangan seperti yang kita harapkan seolah-olah signal supaya kita sediakan payung sebelum hujan. Just imagine kalau tiba-tiba inflasi, currency for sure akan jatuh nilainya. If pada masa tu kita ada simpan emas atau perak, takdelah kita terkapai-kapai sebab duit dah takde value, at least ada harta yang boleh ditukar ganti yang dijamin laku. InsyaAllah. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh datang sendiri untuk mendengar penerangan. Acara ni dibuat secara percuma oleh aktivis-aktivis Dinar & Dirham.

Friday 18 November 2011

Tanya Sama Itu Hud Hud




Pagi ini saya terjumpa dengan parents ex-colleague saya di kafe Mak Jah, kebetulan diorang sedang bersarapan saya pun tegur ibunya yang kenal-tak kenal akan saya. Tapi saya boleh cam parents dia, sebab dulu kawan saya tu, Yder, pernah bawak parents dia sekali ke Penang, masa tu kami Tanker Meeting dengan Shell dan shipowner. Her elder sister was also there and as usual kalau orang tu jumpa saya pertama kali selepas saya berhenti kerja akan tanya " Macam mana business? Keje sendiri tak stress kan?" Saya cakap " Ok je". Susah nak jawab pasal stress tu, sebab the kind of stress is different in so many ways. 

Bukanlah nak kata kerja dulu tu stress mana. Seingat saya, paling stress sekali ialah masa musim appraisal. Baru-baru ni saya tengok kawan2 update dalam facebook, mostly meluahkan rasa yang tak best, tak sedap jugak nak dibaca. Kesian pun ada. Lumrah lah, kita semua tau, takkan semua dapat nombor satu, mesti ada jugak yang dapat nombor corot. Walau macam mana kita cuba buat, kalau dah tertulis kita dapat nombor terbawah, kita redha. In fact, saya ingat dulu masa saya buat appraisal kali pertama, boss saya kata dia dah buat benda tu 15 tahun, dia hanya perlu satu malam je untuk karang & tulis borang appraisal tu. Punyalah expert. Nampak macam senang kan. Kalau kita ada benda yang nak ditulis dan dihighlightkan, easy peasy. Kalau takde? Nganga jugak depan pc berjam-jam. Takde tu bukan maksudnya takde kerja, tapi value kerja tu perlu relevan, masuk akal, terbukti dan diterima oleh semua orang, bukan boss kita je. Ha, part ni lah yang saya kagum orang masih cekal untuk terus duduk dikerusi yang mereka sedang duduk sekarang ini. 

Saya pulak dah tak nampak reason untuk terus duduk. Even sekarang pun saya akan dinilai juga. Bezanya saya takde deadline submission appraisal form. Dulu kena tulis semua achievement, termasuk effort, initiative etc. Sekarang semua saya yang buat sendiri. Kalau nak lebih, kerja lah lebih. Lebih yang macam mana? Oh panjang nak elaborate ni. Nanti lah.  Apa2 pun, sama saje konsep penilaian ni. Dimana kita berada, terpulang pada diri kita sendiri. Kita yang menentukan dan meletak harga & value, diri kita, kerja kita, semualah. Kalau letak tinggi, berpadanlah dengan usahanya. Kalau letak rendah, kerja pun ala kadar, ala kadar je lah resultnya.

Belum pernah saya dengar lagi orang berjaya dengan duduk rileks2. Di kala ini, saya sendiri sedang menimbangtara kesediaan diri saya sama ada mahu selesa hanya dengan satu restoran atau menyahut cabaran untuk pergi lebih jauh. Tak dapat saya bayangkan halangan & dugaan yang berada di hadapan. Puas sudah berimaginasi, mahukan itu dan ini. Saya sendiri yang perlu buat keputusan untuk merealisasikan apa yang saya inginkan. Dengan izin Allah. 

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang singkat masanya tetapi sangat jauh destinasinya. InsyaAllah~ 




Saturday 12 November 2011

Haziqah


Budak comel yang selalu buat kita geram dengan telatah yang macam-macam. Paling best sekali is dia pandai kira 1-10 in Tamil. Hehe.

Bulan Cinta

Di atas bangku dari bambu
Di bawah terangnya rembulan
Berduaan duduk denganmu
Bercinta penuh kemesraan


Bulan ini bulan cinta. 

Alhamdulillah, dengan bersaksikan sanak saudara kedua belah pihak, my younger brother, Hafiz is now engaged to pilihan hatinya, Nur Ashila. Our rombongan of around 30 people arrived at Shila's house at 12 pm. Bukan seperti Sabtu yang lain, Sabtu kali ini ialah tarikh yang dipilih oleh ramai pengantin-pengantin baru maka, memang dapat dijangkakan sibuknya jalan that it took us nearly 15 minutes from Ampang Jaya to reach the traffic light at the Flamingo Hotel. Nasib baik destinasi yang nak dituju pun tak berapa jauh, lepas je traffic light, jalan dah clear. 



Rombongan peminangan diketuai oleh Abg Ridza, Kak Orkid's husband. Dek kerana orang-orang veteran pihak lelaki tak ada yang available, maka generasi X belah lelaki yang ambil tempat berbalas bicara dengan wakil pihak perempuan. Siap mintak diskaun lagi. Gurau-gurau je kan. 



Kek hantaran by Gateauxlicious

Antara lain yang telah di "Dua Jiwa Satu Rasa" kan ialah my ex-colleague Ainul Hafiz. 
Picture taken from his facebook page. InsyaAllah will be attending Ainul's side reception tomorrow. Selamat pengantin baru Ainul & Izza. Semoga Allah merahmati & meredhai kamu berdua sebagai suami isteri. Amin~


Ainul and his very beautiful bride, Izza :) 

Next week is going to be Sabariah's turn to no longer be anak dara. Also my ex-colleague from Twin Towers. So, melepaslah bachelor-bachelor di Twin Towers, sebab hotgirl is ready to be signed, sealed & delivered.  


Seronok sangat tengok orang baru kawin, teringat masa baru-baru kawin & terasa cepatnya masa berlalu. Semoga berbahagia hendaknya pengantin baru, bakal pengantin & juga yang baru bertunang. Jauh lagi perjalanan kamu. To me, dalam marriage ni lah yang kita tahu makna hidup & makna cinta. Baru tahu langit tu tinggi atau rendah, siapa yang ada dengan kita waktu hujan lebat atau panas terik, waktu sihat walafiat atau demam menggigil. Only after these words of "Aku terima nikahnya" that you will know what real love and everything that constitutes it, is all about. No matter how you define it, the most important thing is sama-samalah tuntut ilmu dalam berumahtangga, ilmu tentang cinta & kasih sayang. Terlalu banyak yang perlu dan akan dipelajari. Semoga semakin lama hidup berdua, semakin kuatlah rasa cinta. InsyaAllah~

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

Coincidentally, it is Ammar Zhaqwan's 4th birthday as well. 

Happy birthday Ammar.. 
Tak nak cakap banyak sebab everyday pun mummy cakap tak berhenti kat Ammar :) 

Friday 11 November 2011

Ombak Rindu

I ni ketinggalan. Orang dah lama baca buku ni, kita baru lah terhegeh2 nak excited. Patutlah macam pernah come across drama ni kat Astro, tapi yang jadi hero tu Aqasha, tu yang tak minat tengok. Baru-baru ni beli buku dia yang first tu, rupanya first published tahun 2001. Lama dah sangat rupanya. tapi kita masa tu eksyen tak baca buku Melayu tapi dok sebok baca chic lit bahasa orang putih tulisan Sophie Kinsella.

Tadi ada preview sikit the upcoming movie kat TV, excited lah sangat tak sabar nak tengok cerita ni. Selepas Nur Kasih, ni lah lagi satu Malay movie yang di tunggu-tunggu. I watched the trailer first baru baca buku, so dah siap-siap imagine Aaron Aziz. Hehe.

Luckily dia dah tukar kereta yang hero dalam cerita ni pakai. Kalau dalam buku tu dia drive Mercedes Elegance (alahai), tapi tadi dia tunjuk a much more canggih car. Seiring peredaran zaman gitu.


A few scenes yang sempat ni snap. Not a fan of Maya Karin and here's hoping Maya Karin berjaya deliver watak gadis kampung in this movie. Good luck Maya!




Can't wait for its release this 1st December.

Friday 4 November 2011

Beautiful Day

What you don't have you don't need it now
What you don't know you can feel it somehow

- Beautiful Day, U2


A friend of mine posted the above article with a caption "True! Bila nak mulakan langkah ni?". I am assuming she wanted to take the leap but she just hasn't. Based on Xandria Ooi's article, I think it is very common and totally normal for most students or graduates to feel so unsure of what they really want to do after school. I was one of them. In fact, I envy my cousin Andy Wira whom I think had it planned and clearly has visualised about what he wanted to do after school, what course and which university he wants to enroll himself into. Even during my university days, I observed that there are a lot of "Andys". Still I wasn't one of them. I was the student who keep changing the "Cita-cita" part dalam buku rekod warna merah tu. I think it just feels so good to write peguam or akauntan each start of the year. I was a late boomer. I know nothing. 

Luckily, Allah itulah sebaik-baik perancang. Through the years, I met and made friends with people who has direct and indirectly helped me find my element. Apart from being brought up by parents who have been their own bosses all their lives, I finally realized that I am not born to work from 9 to 5.  Did I say I was a late boomer? I discovered this when I was pregnant with Elena and was in my second year tenure in Petronas. 

I kind of lost my drive and was literally dragging my feet to work at that time. I love the job, the environment, the opportunity to learn new things every single day but I just felt like minum air banyak tapi tak hilang-hilang rasa haus. Kehausan rasa kepuasan yang tidak terhingga. 

Believe it or not, ramai orang taktau ape passion masing-masing. What drives you? If you drink coffee or suka makan pedas, it is like that. Agen-agen dalam coffee dan cili tu bertindak to make you keep coming back for more. Passion pun begitu juga. Ia tiada kesudahan.  

Why do you think a successful person like Tony Fernandes spends most of his time flying all over the world, meeting so so many people and making so much of money? Dunia Allah ni sangat luas. Tony dah berjaya "menguasai" Malaysia tapi dek kerana kehausan rasa kepuasan yang tidak terhingga, Tony keluar dan menjelajah ke merata-rata. Entah mana lagi yang Tony akan conquer selepas ni kan. 

Someone told me, "I am where I am supposed to be". It is her job. That is what you should say when people ask you whether or not you are passionate about what you do for life. Remember, kita bukan setakat cari makan tapi kita adalah membina kehidupan (building life?). If your job is only giving you "cari makan" kind of salary, cari makan kind of waktu untuk diri sendiri, keluarga dan untuk Allah, you have to dig deep, very deep, it has got to be there somewhere in your heart, your Element. Mungkin kena tukar kerja or tukar cara hidup. Carilah dulu. 



Thursday 3 November 2011

Bring your hooligans!

I miss this page so much. No excuse for not writing other than....I only have two hands.

Yesterday, a facebook friend (is there such a gelaran?) of mine, gathered his bunch of hooligans (I quote you Adi hehe) at Ruz Aladdin TTDI (where else!) for makan-makan, gelak-gelak, borak-borak dan gigam-gigam (Gigam - Gila Gambar). Despite the heavy rain and bad traffic, most of his guests managed to show up walaupun nampak seperti ada yang tergesa-gesa. Maklumlah, TTDI bukanlah satu destinasi yang anda mahu tuju dalam keadaan cuaca sebegini unless ada alasan yang kukuh. I am sure Adi sangat nervous sebab the whole week pun weather seolah-olah tidak mengizinkan sesiapa untuk bergerak lancar ke sana ke mari. Alhamdulillah, by dinner time, Adi sudah boleh tersenyum gembira.

Adi is a professional photograper and he takes beautiful photos. So, gambar-gambar yang diambil sempena gathering semalam adalah koleksi peribadi Adi. Suka!

Apa yang saya cuba sampaikan disini ialah, next time you want to gather your friends or families, feel free to contact us.

For a minimum of 20 persons, we provide a spread of Set Nasi Briyani Gam Ayam, Soto, Free flow of cold drink of your choice, Free flow of coffee and a dessert.

Gembira kan diorang?






Ni gambar wajib. Elena Hasya & me :)