Wednesday 29 February 2012

Sembunyi


Last year, masa mula-mula pakai Blackberry, sakan picit-memicit, busy sungguh bercakap dengan kawan-kawan yg lebih dulu ber-Blackberry. Sekali tu Blackberry kong, sementara tu pakailah Nokia yang agak koman. Bila dapat ganti Blackberry yg dah masuk longkang tu, tiba-tiba terasa macam tak bercakap sangat dengan sesiapa. Add orang pun buat syarat je. Saya assume semua orang semakin busy. Pastu nak install whatsapp tak reti, dah download, tapi ntah apa error keluar, malas pulak nak melangkah ke Maxis tanya ape ke hal dengan error tu. Sekarang kan macam lagi ramai pakai Androids, so tu yang popularity Blackberry menurun kot. Still, I prefer the Berry above all. Am not a fan of touch screens and will never be.

Semalam Zana tanya khabar and rasa sungguh terharu. Mesti kadang-kadang terlintas jugak kan kawan2 lama. Apa la agaknya cerita terbaru. Honestly, bff yang saya claim bff pun saya tak berapa sempat nak text/bbm/call. Takde apa nak update. Kalau update pun mesti benda yang betul2 penting, macam dah beranak ke, ada kematian ke, selain dari tu, memang people dah gossip less and less nowadays kot. Like I said before, masa berlalu begitu pantas. Kalau spend too much time membelek telefon tu, tak jadi keje. Sedangkan keje dah sedia banyak, masa pulak, sedar tak sedar, semakin hari semakin sikit.

Lepas saya quit last year, dengan tak semena-mena macam ramai jugak (ramai takde la sampai 100 orang) yang make the same move, either amik study leave, unpaid leave,quit terus and move to another company. Basically I think (I feel), that the reason people can't help but leave is because we cannot visualize ourselves in a better position or job description within a certain duration of time in the near future. Its unbearable to be staying at the same spot not because we don't work hard tapi sebab it is how it is.

Life ni memang sentiasa kena buat pilihan.  Imaginelah, hidup kita sekarang ni menentukan hidup kita disana nanti. Kita takkan boleh pilih separuh syurga, separuh neraka. Mesti either one. Tu kira straightforward tu, tapi life, tak selalunya straightforward. Tough choices membuatkan kita memaksa otak kita fikir jauh dari jangkauan biasa. Perlukan kita carik info, analisa, scrutinize, discuss and finally make a decision. Takde yang mudah dalam hidup ni kan. Bak kata Ustaz Pahrol, kalau haiwan tu iyelah, makan, membiak je kejenya. Tapi kita ni, lebih dari tu.

Nasihat untuk diri sendiri - tabahkanlah hati, kuatkanlah iman, tingkatkanlah kesabaran, banyakkan bersyukur.

"Sometimes we need to lose our way to find our way" - Robin Sharma



Gucci

Friday 24 February 2012

Hidup dan nasib, roller coaster.

Pendekkan masa sekarang?  I used to think that working on my own would help me slow down, but no. I once heard from a movie, I think it was The Switch, (the one with Jason Bates & Jennifer Aniston) the reason we are called human race is because we are always running, that we are always racing against time. And time always wins, leaving us with our unfinished business with the people we deal with during the day and because we are exhausted, we can't even make our time for Allah di sepertiga malamnya. 

I can't believe I missed writing exactly on our 1st year of opening the shop in TTDI. It has been one year that fast! I remember Elena was still so very small, tak reti jalan lagi, bila time tido, kena tidokan dalam stroller. Bila ramai customer bising, dia terjaga and menangis sekuat hati. Oh anak. Setahun yang lalu. Setahun yang seakan-akan sekelip mata. 

And then bila ada kematian, lagilah masa terasa begitu pantas. Terasa "ek eh, bukan ke baru jumpa dia hari tu, tau2 dia dah tak ada". Begitulah. 

Minggu ni kami sekeluarga berkumpul di Ipoh, untuk mengiringi perjalanan terakhir nenek (my husband's Nenda) iaitu menuju ke pusara. Inilah kali pertama (bagi saya), berkumpul with the whole big family at one time, even hari raya pun tak dapat jumpa kesemua sekali. Sayu hati bila tengok satu persatu anak-anak nenek cium dahi dan kedua pipi sebelum kain kafan ditutup sepenuhnya. Allahuakbar. 

Kalau orang putih kawin, dalam vow tu dia kata "Till death do us part", tapi sebenarnya, death brings brothers and sisters together. Barulah nampak besarnya family tu dan bila dah ramai-ramai tu terasa kayanya kasih sayang antara kita. Itulah seronoknya berkeluarga. 

Antara pesanan yang saya masih ingat masa talkin tu is something like this "Luaskan kuburnya, lebih luas dari rumah yang ditinggalkannya", referring to nenek yang dah selamat dikebumikan. Tapi sesungguhnya yang mendengar ni lagi tersentak dan takut. Belum ready nak mati. 

Sangat belum ready. 


Al-Fatihah untuk Hjh Norijah bt Abu.
 

Sunday 19 February 2012

Picisan

I wish Ammar had not inserted his Ben 10 plastic coin into my CD drive. Tak berapa seronok menulis dengan laptop kepunyaan orang lain. 

Agak-agak tahun ni berapa bulan bonus orang Petronas kan? :) 

 

Wednesday 1 February 2012

Dil To Pagal Hai

lovely photo of the sunset  by Nrul who is now taking break in Goa, India.

Very Eat, Pray, Love gitu. Tell us more please.

Pinch me coz I'm still asleep


Tak boleh tido dibuatnya. Bukan nak cerita pasal mati, tapi setiap kali pikir pasal perjalanan kehidupan, memang kadang-kadang tak lelap mata. Cuba tengok kat mana kita dalam gambarajah atas ni. Kalau dah dalam gambar last tu takdelah baca benda ni kan, tapi sebenarnya itulah ringkasan fasa kehidupan yang serba turun naik ibarat roda ni.

Two days ago, my old friend from MMU, Yani & her husband drop by for dinner at our place in Ampang and told us that they just got back from "Kursus Mengajar Al-Quran Pada Kanak-Kanak". Oh excitednya diorang bercerita. Sebagai parents yang dah plan nak halakan anak-anak ke arah cintakan Al-Quran, memang patutlah pun diorang excited sebegitu rupa. Siap recommend pegi the same course secepat mungkin. So, malam tu saya pun google lah video & blog. Alahai ketinggalan lagi saya ni. Taktau nak cakap macam mana, sebak & terkejut sebab terernya budak-budak ni! Budak umur 3 tahun boleh hafaz surah-surah dalam Al-Quran macam nyanyi nursery rhymes!  Ya Allah..taktau nak cakap. Rupanya selama ni ada cara yang lebih baik & efektif untuk ajar Al-Quran pada anak. 

Kenapa ek. Kenapa mesti beriye-iye diorang ni ajar anak hafaz Quran seawal usia 2-3 tahun. Automatiknya, berbalik pada gambar atas ni. Imagine kita kalau dah duduk atas kerusi roda, tapi ilmu tentang Al-Quran pun tak berapa nak pandai. Pernah tak kita bayangkan hari tua kita nanti macam mana? Sakit ke kita? Sihat ke kita?

Tentu kita biasa tengok ahli keluarga kita yang sedang hidup diakhir usia. Just imagine kita yang jadi tua. Kalau anak-anak kita dah sibuk dengan kehidupan seperti yang kita lalui sekarang, berseoranganlah kita jawabnya. Tapi saya pernah dengar ustaz cakap dulu, kalau kita mati, anak kita baca Quran, dalam kubur nanti, kita dapat cahaya. Kalau orang kubur sebelah tu gelap, dia boleh nampak kita ada cahaya sebab anak kita baca Al-Quran untuk kita. Something like that la gambarannya. Ni perkara ghaib, so takdelah ustaz cerita exactly macam mana, tapi objektifnya nak tekankan pentingnya Al-Quran not just untuk jadi petunjuk in this life tapi nak tolong kita in our afterlife nanti. 

Tak sabar nak pegi course tu. After a very long conversation with Yani & her husband (who happened to be our senior in MMU as well), I still had no idea how and where to begin with my children. Buku Iqra' tu memang la ada, tapi how to get them from just Alif Baa Taa sampai jadi macam adik Darwisha. Here she is reciting Surah Al-Waqiah. Kita?? Balik-balik surah lazim je pun baca dalam solat :( 


I know it is never too late.  Dah lama sangat buang masa. Tak adil kalau boleh menyibukkan diri dengan hal dunia, sampai leka tak amik peduli tentang ilmu nak bawak bekal ke akhirat. Leka tu bukan sikit-sikit, leka sungguh. Sikit sangat rasanya buat amal. Malu.