Friday 27 January 2012

Bye Bye Bye

A very big kongratulasi to our cousin, Sofina Sani yang bakal melangkah ke alam keusahawanan tak lama lagi. It's a jungle out here, you know. Be strong, you finally did it!

Dengar cerita Sofina last day keje is on the 10th Feb. I remember feeling every bit of William Wallace masa dekat2 nak berenti dulu. Teruk sangat ke keje sampai rasa macam ni? Bukan teruk. Rasa terpenjara jiwa. Tak tahan. Tak suka Isnin. Selasa. Rabu. Khamis & Jumaat suka sebab dah dekat weekend.

Freedom!


"Your heart is free, have the courage to follow it" - Braveheart (1995) 

Friday 20 January 2012

You've Got Mail

Happy birthday

Can you believe it? You're Double Three!
Semoga tenang di sana. Hanya doa yang mampu dikirimkan agar ditemani cahaya hendaknya.

Al-Fatihah 


Ahmad Marzuki Rifat 
20 January 1979 - 9 Oktober 2009






"The odd thing about this form of communication is you're more likely to talk about nothing than ssmething. But I just want to say that all this nothing has meant more to me than so many somethings. So, thanks." 


- You've Got Mail 







Oral Fixation

A week ago, I was down with fever yang juga dengan diiringi dengan muntah-muntah yang hebat. No, I am not pregnant for the third time, yet, I may have eaten something that tickle my tummy, the wrong way. I couldn't eat solids for 5 days and can bersyukur that bubur is the best that I can feast upon. Pada waktu tersangat desperate,  I made my husband beli bubur kat Kadir sebab ada ikan bilis goreng, telur masin ada cili-cili & kangkung goreng. Lama sungguh rasanya tak sakit sampai macam ni. Lembik & helpless terus. Right after recovery I feel so kurus I think I my girls shrunk into Bee Dees sizes. Gosh. I feel so un-sexy I don't even have nafsu looking at me. 

I have never been a big eater, not even during my pregnancies. I only eat when I'm hungry and I usually eat in small portions. I don't really munch in between meals and I don't like kerepek, chocolates, kekacang etc. That's why dulu masa kat office, waktu kakak yang jual munchies dalam troli tu lalu, I hardly buy from her, but kadang-kadang beli sebab kesian dia lalu tu tapi kita buat taktau pulak kan.  I've tried kononnya nak makan granola, energy bars tapi terasa macam poyo.  I am the person that people will label rugi bawak pegi buffet buka puasa yang mahal-mahal, sebab tak boleh makan banyak. Masa pregnant pun, I only gain 8 - 9 kgs and lost all of it right after I gave birth. I remember appreciating my not-so-curvy curve during those 9 months and missing it so badly once I'm back to my skeletal physique. I always complaint to my roomate that I hate being so kurus, but he said it is better than if I gain weight uncontrollably. I second that, and I am grateful. But, I do wish for a bit of flesh here and there, where it matters to me at least. 

You know, men do tell the truth (sometimes just to get themselves off the hook) when they say that "It's ok","You look ok", "Dah cantik dah tu" but we women, we are complicated ungrateful creatures most of the times. We need to be frequently reminded that we are nice to be looked at. Even in the dark. Haha. 

Can I just add fat, cheese, cupcakes, milk, and all the fattenings into my diet now? I haven't shop for pretty sleepwear ever since I can't remember when. I want to be able to wear a nice baju kurung without looking like a budak darjah-darjah, not because my face looks young (I have wrinkles) but because I am shapeless.

Heavenly body Miranda Kerr 


One of my mission impossible this year is, to gain weight, without getting pregnant. Funnily enough, I think I am going to fail. Argh. Allah tu adil kan. Agaknya memang sengaja dia tak bagi kita sesuatu yang kita nak sangat-sangat, takut-takut nanti kita tak boleh nak handle. Manalah tau kalau tiba-tiba dapat body hot, lupa diri pulak. Nauzubillah. 

Apa pun, sangat bersyukur, eventhough kurus, telah kembali sihat seperti sediakala, cuma selera makan yang belum berapa normal. Mungkin kena cari stimulant supaya tekak ada semangat nak telan makanan sedap dan menaikkan berat badan at the same time. Dan juga syukur, dalam keadaan kurus, berjaya fully breastfeed my daughter for 2 years. Two Years! Yeay to breastfeeding! 


Thursday 12 January 2012

Life is not a box full of chocolates


My dear friend Syareza just gave birth to her second son and is now enjoying her confinement holidays at home, fully breastfeeding her baby. I thought I'd share my thoughts as well.

Life in fact is a routine. Yang bezanya ialah laluan hidup masing-masing. Fasa hidup kita sebagai isteri, ibu, menantu, biras memang tak boleh lari dari rutin. There will be things yang akan sentiasa kita buat dan ulang-ulang sebab itulah jalan hidup kita. Even in the office pun, our jobs pun ada routine tersendiri. The only difference is that we get to met different people all the time, lunches at different fine dining restaurants and offsite meeting at different resorts.

To me, daily routine sebagai housewife adalah terlalu petty untuk dirisaukan. Mungkin kita ingat, kalau ada maid, hidup akan lebih mudah, iye, betul. For now memang takde, tapi takde lah sesusah mana. Mungkin sampai masa nanti akan amik, tapi now still manageable. Even masa kerja dulu pun, it is still ok that some house chores buat ikut priority. Now dah jadi housewife, nothing has changed. Except, flexible working hours.

There are days yang rileks and rasa nak bermalas-malas, spend most of the time reading or studying. Ada jugak tiba-tiba kena rush ke sana sini and perlukan full commitment to make sure things run smoothly. There are days kena bangun awal sebab nak jumpa orang itu, orang ini. There are days boleh pegi tengok wayang and window shopping. There are days kena buat admin work, sorting bills and do some banking. There are days where all of a sudden start kereta, pegi KLCC for a quick lunch and cari buku kat Kinokuniya. So it's all terpulang pada diri sendiri untuk atur masa. 24 jam tu sangat singkat. Sometimes rasa macam kena squeeze everything at one go.

I just want to share with you this clip from Sex & The City. I bet ramai mommies out there yang feel the same. But, hey. Just be grateful.



Also my favorite quote from the movie Titanic


"I mean, I got everything I need right here with me. I got air in my lungs, a few blank sheets of paper. I mean, I love waking up in the morning not knowing what's gonna happen or, who I'm gonna meet, where I'm gonna wind up. Just the other night I was sleeping under a bridge and now here I am on the grandest ship in the world having champagne with you fine people. I figure life's a gift and I don't intend on wasting it. You don't know what hand you're gonna get dealt next. You learn to take life as it comes at you... to make each day count. " 

Jack Dawson, Titanic 1997. 

Wednesday 11 January 2012

Cantik Magik


Fotoshop by Adobé from Jesse Rosten on Vimeo.

Madah Berhelah

Semasa menulis ni, Dr Hasan Ali sudah pun dipecat keanggotaannya dalam PAS. Sangat curious dan tertanya-tanya dengan kontroversi yang melanda, since saya "mengenali" Hasan Ali sejak bersekolah lagi. Saya pernah join summer camp organized by this motivational expert masa cuti sekolah dulu and I can still remember it was one of the best summer camp and an experience I will never forget. 

Lepas Hasan Ali jadi politician, saya takde dah follow dia cuma legalah sebab motivator favorite saya akhirnya berjuang atas platform dan untuk Islam. Sepanjang dia jadi Exco pun, saya pun macam ramai yang di luar sana, tak kuasalah nak baca segala detail berita politik, yang penting tak ganggu hidup saya, dah cukup baik. 





Watch the video then you will understand what I mean. Agak kurang selesa dengan soalan yang Host ajukan, sebab bagi saya Host kena tanya soalan mewakili apa yang orang yang menonton diluar ni rasa nak tanya kalau dapat peluang bertanya pada tetamu yang diundang. Mungkin saya sendiri tak berapa follow rancangan ni (mungkin saya bukan penonton TV3) so saya tak pastilah apa objektif  rancangan Soal Jawab melalui interview ni, tapi you knowlah, some politician menjawab some questions secara diplomatik. Kena paham-paham sendiri. 

Tapi bila jadi macam ni, teringin jugak nak tau, bilakah dan dimanakah starting point, tersasarnya perjuangan Hasan Ali? Sesungguhnya, saya masih percaya dasar perjuangan tetap sama, yang berubah mungkin approach, method, strategi etc. Bila saya dengar komen dia kat TV3 lepas kena pecat tu, saya rasa agak irritating dengan ayat-ayatnya itu "Memperjuangkan institusi raja". Seumur hidup yang baru 32 tahun ni, saya sendiri tak pernah tahu yang saya ada tanggungjawab memperjuangkan institusi raja. Mungkinkah maksudnya macam ni : Raja menjadi rujukan rakyat untuk bab-bab berkenaan Agama dan Hal Ehwal Adat orang Melayu yang beragama Islam, jadi adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mengangkat Raja sebagai tempat rujukan jika berlaku kekusutan dalam hal-hal sedemikian. Tak surelah, tapi the King must be sitting there for a bigger and more important role, that I don't know of, yet. Yang saya tengok, Raja-Raja dan kerabat diraja ni rileks je. They have their own kempompong yang rakyat pun tak perlu nak question or amik tahu lebih-lebih. Kalau nak glimpses of their glamorous lives, boleh je tengok dalam all the Malaysian version of high society magazines seperti Tatler, Harper's Bazaar, Glam or Hello!. Mesti ada the same faces punya. So, apa yang Hasan Ali cuba sampaikan melalui statement "memperjuangkan institusi raja-raja" sedangkan raja-raja macam OK je menjalani kehidupan masing-masing. I just don't get it.

Entah macam mana jugak Host boleh mengajukan soalan kurang bijak seperti "Kenapa Datuk seolah-olah berseorangan di Negeri Selangor" dan lain-lain soalan yang sebenarnya dah tahu jawapan. Oh come on. 

Adakah kemungkinannya, selama ni Hasan Ali ada menyuarakan kepada pimpinan approach-approach yang dia nak ambil untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Exco, tapi tak mendapat persetujuan mungkin sebab tak sesuai or the timing is not right or any other reasons yang kita tak perlu tau. Logiknya, Exco ni power dia kira besarlah jugak. So, when you're sitting at the decision making's chair, tapi still cannot make decision mesti somehow tak puas hati kot. My father, my husband and I had a big debate about this the other day and personally I think it is a big lost to PAS for letting Hasan Ali go. Maybe Hasan Ali isn't the same person he is before, or there must be something that went wrong that pucuk pimpinan terpaksa membuat keputusan yang dikatakan drastik. 

I cannot believe I am actually writing about this. Bila baca balik, macam yikes. 

Tuesday 10 January 2012

Meh Dengar Jap

Ha.Ustaz bagitau dah. Jangan kata Ustaz tak bagitau. Esok mati, mintak-mintaklah anak sendiri yang mandikan, kafankan & masukkan dalam liang. Ni kursus jenazah pun tak pegi lagi ni, bukan apa, selalu sangat tengok orang mati sampai takut nak pegi. 


Sunday 8 January 2012

Love Me Tender

Inikan orang tua pun sakit, apa lagi budak kecik. Ingatkan Elena boleh pecah rekod tak admitted hospital before 2 years old, tapi Allah Maha Mengetahui. Hari ni hari kedua menikmati pemandangan metropolitan Kuala Lumpur, mengimbau kembali kali pertama bermalam di hospital 5 bintang masa lahirkan Elena 23 bulan yang lalu. Cewah.

The first thing that we did once we were no longer employed was to sign up for medical coverage with Prudential Takaful. Our agent (Hafiz's friend), Khairul Ikram is the best. Iyelah, mana nak tahu kan sakit ni bukan boleh agak, so bila Nena dah demam seminggu, complete antibiotik 5 hari tapi still demam balik, cepat-cepat kitaorg bawak pegi emergency. Hopefully tak lama duduk ward, walaupun 5 bintang, hospital tetap hospital.

Nak baring sebelah Abang jugak-jugak

Nena bushuk

Hidup nyawa dapat kopiter

Penat

Kena marah baru tido

Lena Diulit Intan

Bertitik tolak dari tulisan Hilda Jue, kita pun nak tulis gaklah. Gila panjang makcik ni membebel. Kau memang penuh dengan perkataan sejak azali lagi kan. 

Kebetulan hari tu kitaorang lalu kat Al-Amin, so saje lah singgah tanya bila boleh register untuk Darjah 1. Ketiga-tiga orang adik lelaki saya semua Al-Amin (Hafiz: Gen-6, Faizal: Gen-9, Baby:Gen-11 kot) so automatik saya tak fikir nak pegi sekolah lain, tapi kena standby jugak plan B, kot la tak dapat kan. Yang bestnya, terlupa habis nak masuk Al-Amin kena ada basic Bahasa Arab, sekali tengok2 Genius Aulad takde bahasa Arab! Haih ni sebab tak pay attention sangat masa briefing & masa tengok brochure yang explain syllabus ke apa benda. Yang perasan ada subjek Maths, English, Science etc. 

Bila cikgu kelas Darjah 1 tu kata " Masuklah Tadika Amal,senang nanti nak jawab test untuk masuk Al-Amin". Ha panik. Ye lah, Ammar memang takde basic langsung, pastu dia kata budak Genius Aulad ada 3-4 orang je yang lepas. Takkan nak tukar pulak dah last minute, so teruskan je lah and nanti umur 6 tahun tengok macam mana, mungkin masuk Tadika Amal pulak. In the meantime, kenalah carik buku-buku basic Bahasa Arab nak ajar kat Ammar, so that nanti takde lah dia blur kalau tukar school. 

Tapi tension kan. Padahal baru nak masuk Darjah 1 tapi preparation bukannya senang. Rasanya, lepas Ammar masuk Darjah 1, dah takleh nak berdondang sayang. Macam kena hadap je buku. Ish. Biar betul. Kebanyakan mak bapak taknak anak-anak ketinggalan compared to budak-budak lain. Somehow saya rasa, makin hari, budak-budak makin pandai-pandai. Tengok je lah result SPM, 10A1, 12A1 macam takde apa-apa je. Aku dulu nak dapat 5A pun macam nak mati berdiri rasanya. Al-Amin accepted 110 students only untuk Darjah 1 for 2012 session. Ada 3 kelas je untuk darjah 1. Sedia maklum, Sekolah Rendah Al-Amin ni satu je bangunan dia, so fahamlah kenapa tak ramai. Tak boleh jadi ni. Mak bapak Ammar dahlah takde basic Bahasa Arab, kalau setakat nyanyi lagu Amr Diab boleh lah. 

Zaman Android, Ipad, Tablet, segala tok nenek gadget sekarang, budak-budak pun advance, tak macam kita dulu. Seingat saya, masa tadika 6 tahun tu, tak pandai apa pun. Tercengang je cikgu cakap dalam kelas apa benda tak faham. Cakap orang putih konfirm tak reti, mana ada Disney Junior macam sekarang. I think most of kids Ammar's age nowadays belajar converse in English informally sebab tengok Disney Juniorlah. Untunglah kalau mak bapak memang cakap omputih, tapi bapak Ammar cakap Perak, mummy Ammar cakap Melaka, Ammar belajar cakap omputih dengan Animal Mechanical & Ben-10. Eloklah tu. Esok masa turn Ammar, cikgu tanya lain, Ammar jawab lain, tak ke haru. 

Peredaran masa dan perubahan dunia yang semakin lama, semakin pantas, secara tak langsung, anak-anak zaman ni, belajar ikut apa yang diorang tengok sekeliling diorang. Believe it or not, it's all up to apa yang mak bapak provide sebab anak-anak macam sponge. Dia absorb semua yang kita curah, perbuatan kita, percakapan semua dia observe. So, nak masuk Darjah 1 nanti, mak bapaklah yang responsible untuk bagi persediaan  mentally, socially etc pada anak-anak. Sesungguhnya, semua mak bapak ada cara masing-masing, at the end of the day all we want is the best for our children. Best yang macam mana, terpulang pada masing-masing juga. Kalau boleh, memang nak anak pandai semua, baik akademik ataupun bab ngaji Quran. Mak bapak pulak, kena tau, tak boleh semua harapkan sekolah, yang terbaik semuanya mesti bermula dari rumah. Kalau mak bapak tak pernah ngaji kat rumah, camne nak suruh anak mengaji, nanti anak pelik "apesal mak bapak aku suruh mengaji, dia dok tengok Kim Kardashian" (akulah tu). 

Rupanya, jadi mak bapak, tak senang. Kalau tak percaya, cuba lah beranak sorang. Bukan sebab penat nak layan kerenah dia je, nak menyediakan diri dia untuk masa depan pun dari sekarang dah kena plan. Cabaran tersangat hebat untuk diri mak bapak sendiri dan anak-anak juga. Apa-apapun, baliklah pada fitrah dan janji masa mula-mula kawin dulu. Kalau suami kata "Saya nak bawak awak dan anak-anak sampai ke syurga", ikutlah cara yang nak bawak pegi syurga, taulah Allah nak tunjukkan jalannya.  InsyaAllah. 




Saturday 7 January 2012

Coming of Age


Look at them poached eggs. Ini Masterchef Ezani yang buat.

Excited tak nak tengok Masterchef Final? Tak sabar kan. I didn't follow the show from the beginning sebab taktau pun bila masa startnya, everytime tengok mesti dah halfway and most of the time tengok repeat show. Talented, passionate, creative & skillful diorang ni. Jeles sebab terer sangat-sangat rasanya. Boleh cipta dish pastu masak dengan pantas, presentation macam hotel 5 star. Walaupun tak perfect sebab ada je komen-komen juri, tapi konfirm tererlah dari aku ni.

Tak boleh nak pilih between the two finalist, sebab dua-dua pun hebat!



On today's show terharu dengar Chef Zamir cakap "Saya tidak akan kembali kepada bidang kejuruteraan, tetapi akan meneruskan perjuangan dalam bidang kulinari".

Teringat movie Ratatouile, where Chef Gusteau's motto says "Anyone can cook". Betul ke? I really love the quote from the movie where the food critique Anton Ego gave an astounding comment, but the best part is this :

" Not everyone can become a great artist, but a great artist can come from anywhere" 



Cooking is another form of art. I am so not anyone yang can cook from scratch, campak-campak and jadi dish yang menyelerakan. Opening a restaurant without culinary skill nampak macam tak kena kan? That's why saya heret roomate saya, who has better sense of flavour, who is more creative and have better imagination when it comes to masak-memasak. I am the un-advanterous one. If it wasn't because of him, I would never have discovered  tempoyak, kalau bukan kerana Zana & Yder, saya tak pernah jejak Sushi King and my ex-boss En Ishak yang convince untuk cuba makan escargot. Ini escargot yang we all makan at Jake's.


Tapi ni bukan kena mengena dengan adventure atau pun tak. Haih I don't know what this is all about. You figure it out. 

Friday 6 January 2012

Some Like It Hot


Sebenarnya saya tergoogle quotes from the book setelah saya men-stalk facebook Labu. Labu ialah kawan kepada Topek & Laila. Laila ialah rakan lunch saya masa di Menara Berkembar. Sorry Labu. Sape suruh tak privatekan wall. Mungkin takde apa yang Labu nak hide hence sape2 boleh tengok wall dia. 

Belum lagi baca buku dia, tapi dah tengok review. Heavylah sangat wording dia. Orang-orang macam Labu boleh kot.

The author won Nobel Prize in 1982 for writing this piece of art. Tajam menikam like a G6 gitu.

"To him she seemed so beautiful, so seductive, so different from ordinary people, that he could not understand why no one was as disturbed as he by the clicking of her heels on the paving stones, why no one else's heart was wild with the breeze stirred by the sighs of her veils, why everyone did not go mad with the movements of her braid, the flight of her hands, the gold of her laughter. He had not missed a single one of her gestures, not one of the indications of her character, but he did not dare approach her for fear of destroying the spell."
Gabriel Garcia Marquez.


Cuba untuk tidak untuk menulis tentang isu-isu panas. Cuaca dahlah panas.

Makin panas dengan debaran menanti 9 Januari.




Panas telinga dengar khutbah Jumaat kat radio tajuk "Cinta Negara" 



Ustaz yang paling panas sekarang. Tak sangka kan. Tahun 2010 & early 2011 tengok kat youtube je kuliah ustaz. Mostly kuliah ustaz kat Terengganu je, tapi makin hawt ustaz sekarang dah jauh dah jalan. 



Thursday 5 January 2012

Places where we comfy at

Berapa hari tak menulis ni. Bercakap banyak, maknanya dah exercise mulut. Tapi bila tak menulis, macam tak exercise mental. Jay-Z said writing keeps him sane. Kalau tak tulis rasa macam makan takde sambal. Apa punya metafora. Kenapa Jay-Z? Oh sebab hari tu belek-belek buku Decoded. Ok jugak. Walaupun content lebih kepada perjalanan hidup seorang hustler, rapper & hiphop Mogul, his words are so powerful. Full of love, hate, success and everything that matters in life. May not be applicable to our daily life as a Muslim, but good enough if you need to build up your motivation. 

One of my favorite 
"I'm not afraid of dying, I'm afraid of not trying" - Jay-Z. 



Saya sakit tekak. Dengan automatik nak buat kesimpulan bahawa saya juga adalah terlalu banyak bercakap sejak akhir-akhir ni. Ada saja benda yang saya cakap, komen, bagitahu, bertanya termasuklah cakap sebab marah (haih). Penat jugak jadi Miss-I-Have-Opinion-About-Everything ni kan. Opinion sangat. Boleh tak nak jadi Miss-You-Say-It-Best-When-You-Say-Nothing-At-All? Tu belum termasuk layan Ammar punya soalan yang bertubi-tubi. Dulu masa dia tak bercakap, dok bising kenapa mulut dia macam ada emas, tak berbunyi-bunyi, sekarang, rasa macam nak tekan "Pause". 
Oh hari tu Ammar tanya "Mummy, Najib tu apa?". Takde ke soalan lain. 

Bukan apa. Lately macam banyak sangat benda yang tak best kat tv, kat paper, kat facebook. Menjadi penyebab mulut mengata. Tak bukak kang, ketinggalan berita. Jadi terpaksalah tahan hati, tahan mata & tahan mulut. Kalau tak, free-free je dapat dosa. Setiap hari berazam kurangkan dosa, tambahkan pahala. Dr Muhaya kata, pahala tu currency yang kita pakai kat akhirat nanti, so kalau kurang, kira macam orang miskin la. Melukut ditepi gantang la jawabnya. Akhirat nanti, confirm memang sama-sama manusia pun tak sempat nak pandang memandang, tapi taknaklah kalau Allah taknak pandang kita. 

Tapi apalah sangat sakit tekak ni. Imagine orang yang berkorban masa & tenaga untuk bercakap dan menyampaikan ilmu pada orang lain. Imagine orang yang berjauhan dengan family,bukan hanya bersebab sumber pendapatan, tapi sayangnya dan sukanya dengan apa yang mereka kerjakan. Salute. Salute dengan ibu-ibu yang bersendirian membesarkan anak. Dan juga bapa-bapa yang sanggup tak cari pengganti kepada isteri yang dah takde disisi. 

Recently, saya volunteer nak carikan calon untuk kawan saya yang seorang ni, manalah tahu kot-kot ada dara sunti kat luar sana yang rela nak jadi mak instant. Ciri-ciri dah ok dah, lagipun ustaz kata orang baik ni yang penting sekali jaga solat, kalau solat ok, InsyaAllah yang lain ikut ok. So saya nak tolong cari perempuan yang baik untuk kawan saya ni. Moga dipermudahkan dalam usaha menemukan jodoh. 

Hari ni 5th January. 

Happy birthday Vic Fuad. You're engaged! 
Happy birthday Mas Zuhaida. Yang ke berapa tak penting, you're in Paris! 


Monday 2 January 2012

Carpe Diem

There are times that you had to let go, unwillingly. Sesuatu yang dipinjamkan, hakikatnya adalah sementara. I can't write a poem, my words are too cliche. I found something better from Hilal Asyraf. 


Sebab Dia Adalah Sahabat.


Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
walau yang mencarinya adalah aku,
maka dia adalah hadiah,
mustahil sekadar dilempar begitu.

Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan,

Sebab dia adalah sahabat,
maka aku tidak pernah menghiraukan.

Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.

Sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
dan aku besar-besarkan kelebihannya,

Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti.
Sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.

Hilal Asyraf of Langit Ilahi.
121011 Irbid,Jordan.




Hugh McLeod.