Berapa hari tak menulis ni. Bercakap banyak, maknanya dah exercise mulut. Tapi bila tak menulis, macam tak exercise mental. Jay-Z said writing keeps him sane. Kalau tak tulis rasa macam makan takde sambal. Apa punya metafora. Kenapa Jay-Z? Oh sebab hari tu belek-belek buku Decoded. Ok jugak. Walaupun content lebih kepada perjalanan hidup seorang hustler, rapper & hiphop Mogul, his words are so powerful. Full of love, hate, success and everything that matters in life. May not be applicable to our daily life as a Muslim, but good enough if you need to build up your motivation.
One of my favorite
"I'm not afraid of dying, I'm afraid of not trying" - Jay-Z.
Saya sakit tekak. Dengan automatik nak buat kesimpulan bahawa saya juga adalah terlalu banyak bercakap sejak akhir-akhir ni. Ada saja benda yang saya cakap, komen, bagitahu, bertanya termasuklah cakap sebab marah (haih). Penat jugak jadi Miss-I-Have-Opinion-About-Everything ni kan. Opinion sangat. Boleh tak nak jadi Miss-You-Say-It-Best-When-You-Say-Nothing-At-All? Tu belum termasuk layan Ammar punya soalan yang bertubi-tubi. Dulu masa dia tak bercakap, dok bising kenapa mulut dia macam ada emas, tak berbunyi-bunyi, sekarang, rasa macam nak tekan "Pause".
Oh hari tu Ammar tanya "Mummy, Najib tu apa?". Takde ke soalan lain.
Bukan apa. Lately macam banyak sangat benda yang tak best kat tv, kat paper, kat facebook. Menjadi penyebab mulut mengata. Tak bukak kang, ketinggalan berita. Jadi terpaksalah tahan hati, tahan mata & tahan mulut. Kalau tak, free-free je dapat dosa. Setiap hari berazam kurangkan dosa, tambahkan pahala. Dr Muhaya kata, pahala tu currency yang kita pakai kat akhirat nanti, so kalau kurang, kira macam orang miskin la. Melukut ditepi gantang la jawabnya. Akhirat nanti, confirm memang sama-sama manusia pun tak sempat nak pandang memandang, tapi taknaklah kalau Allah taknak pandang kita.
Tapi apalah sangat sakit tekak ni. Imagine orang yang berkorban masa & tenaga untuk bercakap dan menyampaikan ilmu pada orang lain. Imagine orang yang berjauhan dengan family,bukan hanya bersebab sumber pendapatan, tapi sayangnya dan sukanya dengan apa yang mereka kerjakan. Salute. Salute dengan ibu-ibu yang bersendirian membesarkan anak. Dan juga bapa-bapa yang sanggup tak cari pengganti kepada isteri yang dah takde disisi.
Recently, saya volunteer nak carikan calon untuk kawan saya yang seorang ni, manalah tahu kot-kot ada dara sunti kat luar sana yang rela nak jadi mak instant. Ciri-ciri dah ok dah, lagipun ustaz kata orang baik ni yang penting sekali jaga solat, kalau solat ok, InsyaAllah yang lain ikut ok. So saya nak tolong cari perempuan yang baik untuk kawan saya ni. Moga dipermudahkan dalam usaha menemukan jodoh.
Hari ni 5th January.
Happy birthday Vic Fuad. You're engaged!
Happy birthday Mas Zuhaida. Yang ke berapa tak penting, you're in Paris!
tetibe teringat kat sesaorang..
ReplyDeleteHi Fixa! kamukah itu? teringat sape ..huhu
ReplyDelete