Sunday, 8 January 2012

Lena Diulit Intan

Bertitik tolak dari tulisan Hilda Jue, kita pun nak tulis gaklah. Gila panjang makcik ni membebel. Kau memang penuh dengan perkataan sejak azali lagi kan. 

Kebetulan hari tu kitaorang lalu kat Al-Amin, so saje lah singgah tanya bila boleh register untuk Darjah 1. Ketiga-tiga orang adik lelaki saya semua Al-Amin (Hafiz: Gen-6, Faizal: Gen-9, Baby:Gen-11 kot) so automatik saya tak fikir nak pegi sekolah lain, tapi kena standby jugak plan B, kot la tak dapat kan. Yang bestnya, terlupa habis nak masuk Al-Amin kena ada basic Bahasa Arab, sekali tengok2 Genius Aulad takde bahasa Arab! Haih ni sebab tak pay attention sangat masa briefing & masa tengok brochure yang explain syllabus ke apa benda. Yang perasan ada subjek Maths, English, Science etc. 

Bila cikgu kelas Darjah 1 tu kata " Masuklah Tadika Amal,senang nanti nak jawab test untuk masuk Al-Amin". Ha panik. Ye lah, Ammar memang takde basic langsung, pastu dia kata budak Genius Aulad ada 3-4 orang je yang lepas. Takkan nak tukar pulak dah last minute, so teruskan je lah and nanti umur 6 tahun tengok macam mana, mungkin masuk Tadika Amal pulak. In the meantime, kenalah carik buku-buku basic Bahasa Arab nak ajar kat Ammar, so that nanti takde lah dia blur kalau tukar school. 

Tapi tension kan. Padahal baru nak masuk Darjah 1 tapi preparation bukannya senang. Rasanya, lepas Ammar masuk Darjah 1, dah takleh nak berdondang sayang. Macam kena hadap je buku. Ish. Biar betul. Kebanyakan mak bapak taknak anak-anak ketinggalan compared to budak-budak lain. Somehow saya rasa, makin hari, budak-budak makin pandai-pandai. Tengok je lah result SPM, 10A1, 12A1 macam takde apa-apa je. Aku dulu nak dapat 5A pun macam nak mati berdiri rasanya. Al-Amin accepted 110 students only untuk Darjah 1 for 2012 session. Ada 3 kelas je untuk darjah 1. Sedia maklum, Sekolah Rendah Al-Amin ni satu je bangunan dia, so fahamlah kenapa tak ramai. Tak boleh jadi ni. Mak bapak Ammar dahlah takde basic Bahasa Arab, kalau setakat nyanyi lagu Amr Diab boleh lah. 

Zaman Android, Ipad, Tablet, segala tok nenek gadget sekarang, budak-budak pun advance, tak macam kita dulu. Seingat saya, masa tadika 6 tahun tu, tak pandai apa pun. Tercengang je cikgu cakap dalam kelas apa benda tak faham. Cakap orang putih konfirm tak reti, mana ada Disney Junior macam sekarang. I think most of kids Ammar's age nowadays belajar converse in English informally sebab tengok Disney Juniorlah. Untunglah kalau mak bapak memang cakap omputih, tapi bapak Ammar cakap Perak, mummy Ammar cakap Melaka, Ammar belajar cakap omputih dengan Animal Mechanical & Ben-10. Eloklah tu. Esok masa turn Ammar, cikgu tanya lain, Ammar jawab lain, tak ke haru. 

Peredaran masa dan perubahan dunia yang semakin lama, semakin pantas, secara tak langsung, anak-anak zaman ni, belajar ikut apa yang diorang tengok sekeliling diorang. Believe it or not, it's all up to apa yang mak bapak provide sebab anak-anak macam sponge. Dia absorb semua yang kita curah, perbuatan kita, percakapan semua dia observe. So, nak masuk Darjah 1 nanti, mak bapaklah yang responsible untuk bagi persediaan  mentally, socially etc pada anak-anak. Sesungguhnya, semua mak bapak ada cara masing-masing, at the end of the day all we want is the best for our children. Best yang macam mana, terpulang pada masing-masing juga. Kalau boleh, memang nak anak pandai semua, baik akademik ataupun bab ngaji Quran. Mak bapak pulak, kena tau, tak boleh semua harapkan sekolah, yang terbaik semuanya mesti bermula dari rumah. Kalau mak bapak tak pernah ngaji kat rumah, camne nak suruh anak mengaji, nanti anak pelik "apesal mak bapak aku suruh mengaji, dia dok tengok Kim Kardashian" (akulah tu). 

Rupanya, jadi mak bapak, tak senang. Kalau tak percaya, cuba lah beranak sorang. Bukan sebab penat nak layan kerenah dia je, nak menyediakan diri dia untuk masa depan pun dari sekarang dah kena plan. Cabaran tersangat hebat untuk diri mak bapak sendiri dan anak-anak juga. Apa-apapun, baliklah pada fitrah dan janji masa mula-mula kawin dulu. Kalau suami kata "Saya nak bawak awak dan anak-anak sampai ke syurga", ikutlah cara yang nak bawak pegi syurga, taulah Allah nak tunjukkan jalannya.  InsyaAllah. 




No comments:

Post a Comment