Sunday 17 April 2011

Petang Ahad

Ni Istanbul. Gambar percutian kawan saya Asma Faisal. Pinjam ye Asma :)

Kalau dulu, petang Ahad la paling tak suka sekali sebab esoknya dah Isnin. Nak mula balik rutin pergi kerja. Makin menjelang petang Ahad, makin lemau badan dibuatnya. Kalau boleh taknak Isnin, nak Jumaat, Sabtu & Ahad je. Kalau ikut cara sepupu kami ,Juanita, zaman sebelum kahwin dulu ;

Rabu : hari plan aktiviti weekend,
Khamis : hari PAKSA orang join aktiviti weekend,
Jumaat : confirm semua orang yang akan join aktiviti weekend.
Punyalah struggle nak memastikan weekend diutilize tahap maksimum sebab nanti Isnin semua pakat Monday blues. Betul tak June?

Kenalah jugak pergi kerja. Kena jugak ikhlaskan hati walaupun tak suka. Nanti tak berkat pulak duit gaji.

Saya tak ingat berapa lama, tapi jenuh jugalah saya merungut tak suka perasaan "tak suka menghadap hari Isnin". Lagi lama saya berperasaan begini, lagi penat jiwa dan raga saya. Sampai satu ketika, saya dan rakan sebilik saya (suami saya lah), buat keputusan.

Sebulan sudah berlalu, mula-mula kekok juga. Waktu sarapan pagi, saya tengok ramai jugak orang yang tak bekerja pejabat. Betapa laidback dan tidak terkejar-kejarnya. Ada hari tu saya dan suami terdiam seolah-olah tak percaya yang kami bukan berada di pejabat.

Perlu diingatkan, perasaan ini hanya boleh dirasakan kalau anda jugak sudah sampai tahap takde hati bekerja dipejabat, tak sama dengan orang yang memang suka dengan job description and challenges that comes along with their jobs, ini ialah orang dedicated dengan kerjaya masing-masing. Bukan kerana tiada pilihan, tapi memang purely ikhlas dan love their jobs.

Saya bukanlah orang itu. Saya suka dimana saya sekarang.

Saya kagum dengan orang yang boleh buat macam-macam cabang perniagaan dalam satu masa. Semestinya bukanlah yang letak matlamat "lebih kaya dari Abdul Wahub" tapi dengan bekerja sendiri sepenuh masa, kepuasan tu tak terkata lah. Kena cuba sendiri. Dulu saya tengok parents saya, sekarang baru lah saya tau. If I had known, I would have started earlier.