I can't believe I missed writing exactly on our 1st year of opening the shop in TTDI. It has been one year that fast! I remember Elena was still so very small, tak reti jalan lagi, bila time tido, kena tidokan dalam stroller. Bila ramai customer bising, dia terjaga and menangis sekuat hati. Oh anak. Setahun yang lalu. Setahun yang seakan-akan sekelip mata.
And then bila ada kematian, lagilah masa terasa begitu pantas. Terasa "ek eh, bukan ke baru jumpa dia hari tu, tau2 dia dah tak ada". Begitulah.
Minggu ni kami sekeluarga berkumpul di Ipoh, untuk mengiringi perjalanan terakhir nenek (my husband's Nenda) iaitu menuju ke pusara. Inilah kali pertama (bagi saya), berkumpul with the whole big family at one time, even hari raya pun tak dapat jumpa kesemua sekali. Sayu hati bila tengok satu persatu anak-anak nenek cium dahi dan kedua pipi sebelum kain kafan ditutup sepenuhnya. Allahuakbar.
Kalau orang putih kawin, dalam vow tu dia kata "Till death do us part", tapi sebenarnya, death brings brothers and sisters together. Barulah nampak besarnya family tu dan bila dah ramai-ramai tu terasa kayanya kasih sayang antara kita. Itulah seronoknya berkeluarga.
Antara pesanan yang saya masih ingat masa talkin tu is something like this "Luaskan kuburnya, lebih luas dari rumah yang ditinggalkannya", referring to nenek yang dah selamat dikebumikan. Tapi sesungguhnya yang mendengar ni lagi tersentak dan takut. Belum ready nak mati.
Sangat belum ready.
Al-Fatihah untuk Hjh Norijah bt Abu.
No comments:
Post a Comment