Di atas bangku dari bambu
Di bawah terangnya rembulan
Berduaan duduk denganmu
Bercinta penuh kemesraan
Bulan ini bulan cinta.
Alhamdulillah, dengan bersaksikan sanak saudara kedua belah pihak, my younger brother, Hafiz is now engaged to pilihan hatinya, Nur Ashila. Our rombongan of around 30 people arrived at Shila's house at 12 pm. Bukan seperti Sabtu yang lain, Sabtu kali ini ialah tarikh yang dipilih oleh ramai pengantin-pengantin baru maka, memang dapat dijangkakan sibuknya jalan that it took us nearly 15 minutes from Ampang Jaya to reach the traffic light at the Flamingo Hotel. Nasib baik destinasi yang nak dituju pun tak berapa jauh, lepas je traffic light, jalan dah clear.
Rombongan peminangan diketuai oleh Abg Ridza, Kak Orkid's husband. Dek kerana orang-orang veteran pihak lelaki tak ada yang available, maka generasi X belah lelaki yang ambil tempat berbalas bicara dengan wakil pihak perempuan. Siap mintak diskaun lagi. Gurau-gurau je kan.
Kek hantaran by Gateauxlicious.
Antara lain yang telah di "Dua Jiwa Satu Rasa" kan ialah my ex-colleague Ainul Hafiz.
Picture taken from his facebook page. InsyaAllah will be attending Ainul's side reception tomorrow. Selamat pengantin baru Ainul & Izza. Semoga Allah merahmati & meredhai kamu berdua sebagai suami isteri. Amin~
Ainul and his very beautiful bride, Izza :)
Next week is going to be Sabariah's turn to no longer be anak dara. Also my ex-colleague from Twin Towers. So, melepaslah bachelor-bachelor di Twin Towers, sebab hotgirl is ready to be signed, sealed & delivered.
Seronok sangat tengok orang baru kawin, teringat masa baru-baru kawin & terasa cepatnya masa berlalu. Semoga berbahagia hendaknya pengantin baru, bakal pengantin & juga yang baru bertunang. Jauh lagi perjalanan kamu. To me, dalam marriage ni lah yang kita tahu makna hidup & makna cinta. Baru tahu langit tu tinggi atau rendah, siapa yang ada dengan kita waktu hujan lebat atau panas terik, waktu sihat walafiat atau demam menggigil. Only after these words of "Aku terima nikahnya" that you will know what real love and everything that constitutes it, is all about. No matter how you define it, the most important thing is sama-samalah tuntut ilmu dalam berumahtangga, ilmu tentang cinta & kasih sayang. Terlalu banyak yang perlu dan akan dipelajari. Semoga semakin lama hidup berdua, semakin kuatlah rasa cinta. InsyaAllah~
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)
(Surah An-Nur 24:32)
Coincidentally, it is Ammar Zhaqwan's 4th birthday as well.
Happy birthday Ammar..
Tak nak cakap banyak sebab everyday pun mummy cakap tak berhenti kat Ammar :)
No comments:
Post a Comment