Antara cerita yang paling saya suka dengar ialah cerita tentang cinta. Tahun ni, ada beberapa orang cerita kat saya tentang putus cinta. Dalam ramai-ramai yang putus cinta tu, ada yang sudah ada pengganti dan ada juga yang masih tercari-cari. Walau apa pun, apabila putus cinta, kita harus bangun dan cari kekuatan dan semangat supaya kita sekurang-kurangnya dapat tersenyum semula. Sesungguhnya kita semua hanyalah tidak lain dan tidak bukan sentiasa mencari bahagia, dan kita mahu ada orang untuk dikongsi bersama rasa yang kita rasa. Tiap kali saya fikir tentang rasa cinta, saya tak dapat lari dari teringatkan bait-bait lagu ni. Menyentap sungguh.
Suatu Masa
Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti manakah ilhamku
Cahaya dimatamu
Senyum dibibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Disaat begini aku merindukan
Saya belum tengok movie ni, tapi saya dah cair baca quotes dari buku nya. Jiwang miwang.
“I finally understood what true love meant...love meant that you care for another person's happiness more than your own, no matter how painful the choices you face might be.”
― Nicholas Sparks, Dear John
Semoga tidak putus asa dalam usaha mencari cinta :)
No comments:
Post a Comment