Friday, 18 November 2011

Tanya Sama Itu Hud Hud




Pagi ini saya terjumpa dengan parents ex-colleague saya di kafe Mak Jah, kebetulan diorang sedang bersarapan saya pun tegur ibunya yang kenal-tak kenal akan saya. Tapi saya boleh cam parents dia, sebab dulu kawan saya tu, Yder, pernah bawak parents dia sekali ke Penang, masa tu kami Tanker Meeting dengan Shell dan shipowner. Her elder sister was also there and as usual kalau orang tu jumpa saya pertama kali selepas saya berhenti kerja akan tanya " Macam mana business? Keje sendiri tak stress kan?" Saya cakap " Ok je". Susah nak jawab pasal stress tu, sebab the kind of stress is different in so many ways. 

Bukanlah nak kata kerja dulu tu stress mana. Seingat saya, paling stress sekali ialah masa musim appraisal. Baru-baru ni saya tengok kawan2 update dalam facebook, mostly meluahkan rasa yang tak best, tak sedap jugak nak dibaca. Kesian pun ada. Lumrah lah, kita semua tau, takkan semua dapat nombor satu, mesti ada jugak yang dapat nombor corot. Walau macam mana kita cuba buat, kalau dah tertulis kita dapat nombor terbawah, kita redha. In fact, saya ingat dulu masa saya buat appraisal kali pertama, boss saya kata dia dah buat benda tu 15 tahun, dia hanya perlu satu malam je untuk karang & tulis borang appraisal tu. Punyalah expert. Nampak macam senang kan. Kalau kita ada benda yang nak ditulis dan dihighlightkan, easy peasy. Kalau takde? Nganga jugak depan pc berjam-jam. Takde tu bukan maksudnya takde kerja, tapi value kerja tu perlu relevan, masuk akal, terbukti dan diterima oleh semua orang, bukan boss kita je. Ha, part ni lah yang saya kagum orang masih cekal untuk terus duduk dikerusi yang mereka sedang duduk sekarang ini. 

Saya pulak dah tak nampak reason untuk terus duduk. Even sekarang pun saya akan dinilai juga. Bezanya saya takde deadline submission appraisal form. Dulu kena tulis semua achievement, termasuk effort, initiative etc. Sekarang semua saya yang buat sendiri. Kalau nak lebih, kerja lah lebih. Lebih yang macam mana? Oh panjang nak elaborate ni. Nanti lah.  Apa2 pun, sama saje konsep penilaian ni. Dimana kita berada, terpulang pada diri kita sendiri. Kita yang menentukan dan meletak harga & value, diri kita, kerja kita, semualah. Kalau letak tinggi, berpadanlah dengan usahanya. Kalau letak rendah, kerja pun ala kadar, ala kadar je lah resultnya.

Belum pernah saya dengar lagi orang berjaya dengan duduk rileks2. Di kala ini, saya sendiri sedang menimbangtara kesediaan diri saya sama ada mahu selesa hanya dengan satu restoran atau menyahut cabaran untuk pergi lebih jauh. Tak dapat saya bayangkan halangan & dugaan yang berada di hadapan. Puas sudah berimaginasi, mahukan itu dan ini. Saya sendiri yang perlu buat keputusan untuk merealisasikan apa yang saya inginkan. Dengan izin Allah. 

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang singkat masanya tetapi sangat jauh destinasinya. InsyaAllah~ 




No comments:

Post a Comment