Selepas keberangkatan pulang cik kak yang telah menghiburkan saya dengan update-update sensasi, maklumlah saya ni ketinggalan, takde Blackberry (alasan), jadi macam disconnected kan, saya pun tanya roomate saya "Awak dengar dia cakap tadi?". Roomate jawab "Aah, terkejut saya. Ada ke orang nak sampai macam tu sekali?"
Maka teringatlah saya akan statement ustaz Azhar Idrus tentang keunikan, kepelbagaian demand, ke-itu-an dan ke-ini-an yang takde kesudahan orang perempuan yang menyebabkan orang lelaki boleh akan bertanya dalam kepala mereka sendiri sebab nak cakap kuat tak berani "Dia ni nak apa sebenarnya?". Ustaz Azhar cakap "Kalau orang lelaki tak sanggup menghadap semua kerenah perempuan, adalah lebih baik lelaki itu kahwin dengan lelaki". Maksudnya apa? Bukan suruh jadi gay, tapi hakikat perbezaan kehendak & keperluan memang ketara, nak taknak kena lah hadap juga. Kata nak kawin sangat. Itu pemahaman saya.
Proses mengenali roomate ni, berterusan. Perubahan demi perubahan akan berlaku. Iye. Akan. Yang bezanya cuma berubah ke arah baik ataupun tidak. Tapi memang akan. Nak appreciate dan paham perubahan tu yang agak mencabar, sebab some changes boleh nampak, some are hidden, some sengaja tidak ditunjuk dengan harapan boleh dilihat oleh roomate dengan sendiri. So, nak memahami ini semua yang memerlukan skill. Pendek kata, lain individu, lainlah cabarannya, everybody has their own share of stories.
Bak kata Oprah - Communication. Boring je dengan perkataan tu kan, easier said than done, tapi itu je lah jalan yang ada sebenarnya. Nak tackle perubahan yang macam mana, emosi, fizikal, spiritual, monetary, ape saja, tak boleh lari dari berkomunikasi. Cuma, mungkin cara komunikasi tu je yang berbeza, nak ikut mulut ke, ikut perbuatan ke, nak buat slideshow ke, tulis surat berkajang-kajang ke, tapi yang penting mesej sampai. Doa jangan lupa. Kita bukan mintak perfect, sebab memang impossible, tapi kita mintak saling memahami perubahan yang sedang dilalui masing-masing.
Emm, ni bukan tujuan nak bagi tips sangat pun tapi kebetulan terbaca dalam blog SaifulIslam pasal gurau senda, gelak ketawa dalam rumahtangga. Bacalah.
Macam-macam kan. Isteri, meh la kita cuba jangan complicated sangat. Memanglah 9 nafsu. Kalau nak semua dapat, kena kawin 9 jenis lelaki. Yang rajin tolong masak, pandai ikut gi shopping, yang hebat dalam kelambu, yang gagah, yang itu, yang ini. Ek eh. Kata nak masuk syurga. Sabar ye. Kat syurga, setiap kali suami keluar, bila dia balik jumpa isteri (kitalah tu), isteri akan lebih cantik, lebih macam-macam lagilah daripada waktu dia tinggalkan kita tadi. Tak percaya? Aii..jangan. Jom kita berkawan baik dengan suami kita, friends with benefits gitu.
Justin Timberlake & Mila Kunis in "Friends With Benefits".
Tak tengok lagi.
Esok nak pegi Ampang Point, carik dvd.
No comments:
Post a Comment