Pernah tak dengar statement keluar dari mulut perempuan yang tidak berhijab saying something like this:
"Ala, yang penting hati" untuk mendefend bahawa it's okay dia tak menutup aurat. Pernah kan. Well, good news untuk para pendosa (sinners aren't we all).
Saya baru terbaca artikel Ustaz Pahrol, persoalan "tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik". Boleh baca mukadimah panjang lebar statement di atas dalam blognya, hujah Ustaz Pahrol lebih meluas dan sesungguhnya persoalan aurat tak boleh ikut logik akal.
Jadi saya petik ringkasannya :
1. Seseorang yang kita kenal sebagai jujur, baik hati, lemah lembut tetapi tidak menutup aurat adalah "wanita yang baik" disudut akhlak. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia "tidak baik" disudut berpakaian kerana menutup aurat sudah termaktub di dalam Al-Quran
2. Orang yang menurut perintah Allah ialah orang yang baik kerana menjaga hubungan dengan Allah
3. Jika benar seorang wanita itu hatinya baik, InsyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat, walaupun sebelumnya dia tidak menutup aurat
In the picture : Catriona Ross
Lepas tu Ustaz kaitkan balik dengan statement yang kena mengena dengan "hati"
1. Allah menilai pada hati. Jika hatinya baik, luarannya pun akan ikut baik
2. Kemungkinan wanita yang baik tetapi tidak menutup aurat masih berusaha mengatasi halangan dalaman dan luaran yang ada pada dirinya
3. Akan tetapi jika prestasi hati wanita yang menutup aurat itu merosot, lama-kelamaan dia akan membuka auratnya kerana wanita yang tidak baik tidak mampu memakai pakaian wanita yang solehah
Kadang-kadang kita ada dengar jugak statement "kalau dah perangai jahat, baik bukak je tudung"
1. Walaupun akhlaknya tidak baik, bukan alasan untuk mendedahkan aurat
2. Kemungkinan seseorang yang berperlakuan tidak baik itu juga sedang berusaha memperbaiki dirinya walaupun sudah nampak cukup baik pada pandangan mata
3. Akhir sekali jangan pula jadi kedua-duanya iaitu tidak menutup aurat dan berperangai buruk, maka lebih susah pulak nak menyelesaikan masalah bab perangai dan bab aurat.
'Ala kulli hal : Janganlah kita dengan mudah menghukum (to judge) seseorang tanpa kita mengetahui atau mengenal hati budinya.
Berita baiknya ialah : Secara fitrahnya, kita semua nak jadi baik. Disisi manusia dan yang penting sekali disisi Allah. Selagi ada nyawa dikandung badan, kita terus berusaha, berdoa untuk mendapat hidayah dan petunjuk. Peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik sentiasa terbuka tetapi janganlah kita sengaja melambat-lambatkannya, bak kata Hlovate " The man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th".
No comments:
Post a Comment