Monday 12 December 2011

Tunggu Sekejap


Hujung minggu lepas saya telah dengan jayanya untuk pertama kalinya pergi ke Genius Aulad untuk mendengar taklimat berkenaan dengan kemasukan Ammar Zhaqwan ke pusat perkembangan kanak-kanak ni. Terasa macam mak-mak sungguh. Uniform pun dah siap beli. Saya terjumpa dengan kawan lama from MMU, Shiima Rashid. Shiima was asking lots of questions to the principal (If I'm not mistaken she's the principal) and I remember she is still the same. Back when we were studying, dia memang macam tu. Suka tanya soalan. So unlikely for me to ask questions pun tak kira lah dalam kelas ke apa2 ke. Me no likey. 

Jadi kitaorang pun catch up lah,  summarize what we're doing right now and what we wish we could do etc etc. Basically as mothers, balik-balik the conversation akan lead to there is nothing more that you want other than time to spend with your children. I got people asking whether I get to spend more time with my children now that I am working on my own. I'd say, it's not really "more" tapi I get to control and schedule the "when" and I don't need to ask for approval. Heh. Kalau cakap more, tipu lah. To be frank, kalau I spend 2 whole days with my children, I could go mental. Seriously. Hari tu my cousin Sofina datang rumah without her kids, so dia dapatlah rileks and baca magazines sambil menikmati durian. Sampai keluar statement "Dah lama aku tak macam ni". Haih. 

Rasanya, kalau nak more time tu, terpulang pada keadaan . Takkan dapat semua yang kita mahu. Nak more time, mungkin less duit. Nak more duit, kena kerja lebih. Anak kena lah tinggal jugak, ikut keadaan. Jadi dalam konteks "more time with the children" ni adalah tak boleh nak digeneralizekan. Like today, cuti umum negeri Selangor, memang the kids with me, sebab I am maidless. Mana-mana pun kena angkut, tu memang more time sungguhlah. Weekdays, kids duduk daycare. Bila kedai off, which is every Monday 1st & 3rd of the month, if saya kena do things without them, like window shopping dengan aman tanpa "Mummy mummy"  (adegan pegang kaki dimana saja) they will be at the daycare. If not, bawak pegi jalan-jalan. Kalau tak bawak jalan nanti peghak pulak bila tiba-tiba pegi tempat baru kan. 

So, lepas dua jam di Genius Aulad, Ammar pun dah excited sebab dapat pegi sekolah baru. Kat daycare mostly baby-baby, so dia terasa lah tak cool kot ek. Nak main apa pun dah tak best. Ada hari memang jenuh nak pujuk keluar kereta sebab taknak pegi daycare. Hai Ammar, kalau tak pegi daycare, bersilat lah mummy kat kedai. Balik rumah, saya pun pakaikan Ammar uniform, nak tengok ok ke tak. Oh dear. Semua ibu dalam dunia ni memang akan go through experience ni. First time tengok your eldest pakai uniform, memang emosi. Macam tak percaya, anak dah besar rupanya..


No comments:

Post a Comment