Monday, 19 December 2011

Terlupa Tak Sengaja

Ek eh. Cepatnya dah Isnin balik. Saya cakap dgn room mate saya macam ni " I am so uninspired by the happenings and the un-happenings around me it's like I haven't done much about it". Dia jawab sepatah je. "Runsing" dengan loghat Peraknya.

Teringat dulu masa tengah kerja, selalu bagi alasan takde masa nak solat dhuha. Pastu doa "Ya Allah, murahkanlah rezeki & permudahkanlah bagi ku untuk memulakan perniagaan sendiri supaya aku ada lebih banyak masa untuk beribadat kepadaMu". Tup2 Allah makbulkan doa. Amazingkan.


Sekarang dah pun kerja sendiri. Sepatutnya takde alasan untuk tak solat dhuha. Tapi still miss jugak. Still rasa tak sempat, busy itu ini. Haih. Malu sebenarnya. Nak lapang masa macam mana lagi kan? Tu lah dia. Bila dah dapat, lupa. Sebelum dapat, terminta-minta, janji itu ini. Logiklah, Allah jentik sikit, bagi sempit masa, bagi sakit pening. Sebenarnya Allah sayang kita. Uji dan duga supaya kita cepat-cepat ingat kat Dia balik.




.

No comments:

Post a Comment