Thursday 8 September 2011

Luaskan ..

Pengertian rezeki itu luas. Bukan setakat makan dan wang sahaja. Kesihatan, ilmu, kemampuan beribadah, ilmu, iman, anak-anak, penglihatan, pendengaran dan macam-macam lagi.

Apabila pengertian kita tentang rezeki luas, maka rezeki kita pun luas. Kalau kita ertikan rezeki itu sempit,  maka sempitlah rezeki kita.

Ingat selalu : Kita ialah apa yang kita fikirkan. Sekurang-kurangnya bila kita fikir macam tu, hati kita akan lapang. Dengan hati lapang, kita boleh hidup tenang walaupun belum hidup senang.

Petikan buku Nota Hati Seorang Lelaki - Pahrol Mohd. Juoi


Best buku ni. Seperti biasa, Ustaz Pahrol memang sengaja buat kita tersentuh hati baca tulisan dia. Bak kata Kritika, sentap. Bukan apa, terkena batang hidung sendiri. Buku ni sesuai orang lelaki baca, dia kupas isi hati lelaki yang tak berapa reti nak meluahkan perasaan. Kita orang perempuan baca, untuk lebih memahami kenapa dan kenapa orang lelaki adalah dijadikan sebegitu rupa. 

No comments:

Post a Comment