Semalam ada sorang customer datang untuk berbuka puasa, lepas tu dia tanya "Ada tempat sembahyang tak?" Lalu staff saya bawak dia ke tingkat atas untuk tunjukkan ruangan solat. "Baguslah kedai ni ada sediakan tempat sembahyang. Semoga berkatlah berniaga kat sini" katanya.
Doa tu penting. Walaupun secara bersahaja tapi besar maknanya. Sesungguhnya mengharapkan keberkatan. Doakanlah kami dapat berniaga lama di sini.
Awal bulan Ogos, rezeki kami dapat sewa Tingkat 2 di TTDI. By 5th, baru kami dapat betul2 masukkan barang dan staff dapat terus menetap di atas. Masa tu dah start puasa. Jadi, kami kemas mana yang patut dulu. Yang penting bersih sebab nanti nak buat tempat solat. Nanti2 bolehlah repair2 lagi. Syukur seterusnya dalam bulan puasa, disamping dapat rezeki buat hidangan buffet, customer juga ada kemudahan untuk bersolat. Lepas solat sambung makan lagi.
Walaupun ada juga yang lepas makan tapi terlupa solat (saya assume diaorang lupa) :P
No comments:
Post a Comment