Sunday 25 September 2011

Domestic Goddess

Saya baru discover (ye, agak lambat sebab sebelum kahwin, semua orang gaji yang buat) bahawa kalau kita nak kemas rumah, dan lebih tricky lagi kalau kita tak ada helper, kita ada dua anak kecik yang serba demanding, kita tak boleh, i repeat, TAK BOLEH buat semua sekali dalam satu masa. Suka atau tidak, kita hanya boleh pilih satu atau dua task untuk diselesaikan pada satu masa. Kalau ada yang boleh buat semua tu kira Supermak la.  

Oleh kerana tugas menjaga kebersihan & ke-ter-aturan rumah automatik jadi tanggungjawab isteri/ibu, maka kita kena plan dan bijak mengatur dan pilih mana-mana tugas yang nak dibuat. First thing first :-

1. Bangunlah awal. On a regular basis, benda yang perlu dipastikan settle biasanya ialah pakaian. Kedua, baru lah lantai rumah (semua bahagian yang kita & anak2 paling kerap pijak) sekurang2nya vacuum/sapu. Kalau sempat or larat boleh la mop.

2. Kalau anda type yang masak kat rumah, key word : displin. Sebab silap haribulan, pinggan mangkuk tak basuh sebab malas, nak cepat, tak kuasa. Selagi tak basuh & kemas dapur, tak seronok nak duduk2 rehat. So, yang ni tried & tested. Terbukti berkesan. Saya ada terdengar ustaz cakap (tak ingat ustaz mana) kalau kita tinggal2 pinggan kotor ni mengundang jin (jin yang tak baik la kot) masuk ke dalam rumah. Allahu 'alam. Cariklah apa2 motivasi supaya boleh cepat selesai kerja2 kat dapur. Nak taknak, cepat2 lah basuh semua pinggan mangkuk cawan periuk. Kalau husband rajin, dia offer diri tolong basuh. Kalau dia tak offer diri, suruh je :P

3. Weekend boleh pilih extra task. Nak lap habuk, susun2 atau sort2 baju dalam drawer, vacuum bilik2 lain etc. Pernah sekali, tengah lap2 habuk, terjumpa pulak semut hurung ntah apa, dah kena carik punca semut. Sambil menyelesaikan semut, anak tengah makan koko krunch sambil main2 tractor besar sebelah mangkuk yang ada susu yang dah jadi kaler coklat, ntah macam mana tertumpah pulak. Sabar. Kalau marah pun tak dapat apa2. Taktau which is worse. Semut yang menghurung tak bersebab ataupun susu & koko krunch yang tumpah atas lantai yang baru dimop.

Patutla ada orang tak suka duduk rumah, sebab bila dah start memang tak habis2. Tapi kira ok lah tu (saya dan ramai lagi orang yang dah experience benda yang sama). At least tau la jugak nak plan camne nak settlekan kerja rumah. Tengok kat dalam Oprah tu (tah apesal mesti nak compare dgn mat saleh), lagi teruk. Sampai kena ada declutter expert ajar satu persatu macam mana nak mengemas. Janganlah sampai macam tu sekali kot kan?

Nevertheless, Peter Walsh, Declutter Expert banyak bagi useful tips. If kita tak tau where to start, boleh la tengok video or baca dalam Oprah.com. Baru semangat sikit.



Kebanyakan kita kalau boleh nak buat semua. Tapi itu adalah impossible. Yang penting sekali , bersih.

No comments:

Post a Comment