Monday, 29 August 2011

Berpuasa di Taman Tun Dr Ismail II

Bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu ketibaannya dah pun sampai ke penghujung. Pejam celik. Sangat sekejap. Daripada mula berkira-kira budget untuk buat buffet sampailah ke bill-bill yang tak sempat difailkan. Masuk minggu ketiga, beberapa kali staff saya tanya "Nak buat soto lagi ke hari ni puan?". Saya jawab "iye". Bosan agaknya dia hari-hari menggodek periuk soto. Hari-hari buat bergedil. Saya cakap, hari-hari buat untuk 60-70 orang. Yang makan setiap hari orang yang tak sama. Yang penting rasa sedap yang kena sama. Saya cakap, kalau kamu kerja hotel, lagi ramai. 365 hari buffet. Angguk je dia.




Lesson learned, awal-awal memang agak susah. Perit sebenarnya. Semuanya unexpected. Hari yang panas sampai ke petang, tak ramai pulak customer. Dengan tak disangka-sangka, masa hujan lebat, ribut semua cukup, kedai penuh sampai terpaksa tolak buffet reservation. Rezeki kita Allah yang tentukan.

Setakat ini, belum lagi ada rasa nak give up. Walaupun ada masa tu tak boleh nak angkat muka langsung. Punyalah penat. Mental dan fizikal.

Ada hari yang sibuk (especially weekend), kesian jugak tengok anak-anak saya.Terpaksa ikut bawak ke kedai. Trafik pulak tak membantu bulan-bulan puasa ni. Kalau selalu dapat jugak singgah kedai Atok diorang kat Ampang, tapi minggu pertama dapat lalu je. Sampai Ammar tanya "Kita tak pegi kedai Atok?"
Dah habis idea nak jawab, saya decide untuk tak lalu kedai Atok dia. Dari Tmn Nirwana, lalu depan De Palma, terus masuk ke Mamanda. Keluar Jalan Kolam Ayer Lama balik, memang masak jem kat situ. Kalau selalu pukul 5.30pm baru amik diorang, bulan puasa pukul 4pm saya dah sampai taska. Saya siap-siap bekal makanan so that budak-budak isi perut dulu sementara nak sampai ke TTDI. Lepas-lepas tu, Ammar tak tanya dah.




Tahun ni, tahun kedua saya berpuasa & menyusukan Elena (nak jugak tu cakap pasal breastfeeding). Kali ni, agaknya sebab banyak bergerak kesana sini, letih badan and saya skip-skip pumping schedule. Ada one time, saya beli jugak susu formula takut Nena tak cukup susu, tapi dia langsung taknak. Silap saya kot sebab baru nak introduce susu formula now that dia dah 1.6 tahun. Nak taknak, terpaksa kuatkan semangat menyusukan lagi. Apepun, semua kuasa Allah. Yang meng-ada-kan susu tu pun Allah. Lepas puasa ni, establish balik schedule.



Ramai orang terkenal makan kat kedai saya tapi saya selalu terlupa bawak kamera dan takde Blackberry or Iphone, takde lah amik gambar sebagai bukti. Bagi saya, tak kira siapa pun yang makan, tapi kalau dia pandai appreciate makanan, and bagi komen yang membina, pun dah cukup. Hari yang penat pun boleh jadi hilang penat bila dapat sembang-sembang dgn customer atau kawan-kawan yang datang dan bertukar-tukar pandangan tentang business.

Masa posting ni ditulis, saya tengah pikir kasut Ammar & Elena belum beli lagi. Semalam carik jugak kat The Curve tapi tinggal display. Tak nak lah bagi kasut display kan. Kalau takde jugak takpelah kot. Budak-budak ni bukan tau ape pun. Mak dia je yang over. Kesian lagi orang kat Somalia tu.


No comments:

Post a Comment