Lama sungguh tak tengok blog. Terpanggil-panggil hendak menaip tapi kesuntukan masa. Bila ada benda nak dishare, bermain-main dalam kepala, tapi tak dapat nak curi masa menghadap komputer.
Banyak dah experience yang dilalui yang sepatutnya nak ditulis, tapi takpelah. Takdelah extraordinary mana pun. Biasa-biasa je.
Bulan puasa ni kami decide untuk buat buffet waktu berbuka puasa. Based on our experience kat Ampang, kami tawakal. Beli barang buffet sikit-sikit, cukupkan yang mana tak cukup. Imagine macam nak buat kenduri lebih kurang 70 orang setiap hari. Weekend boleh sampai 100 orang. Lebih dari tu takut customer tak selesa pulak duduk kat luar. Itupun Hj Hashim (my father lah kan) awal-awal dah berdiplomasi dengan tokey kedai junk shop sebelah nak pasang lampu kat luar kedai dia, tapi suis pasang kat kedai kami. At least nampak lah lauk waktu customer makan nanti.
However, at the last minute jugak, our cook had to go back to her home country (tak jauh pun) untuk pegi kursus Haji and cuti terus sampai next January. So we had a new cook coming in. Takdelah new, tapi she was all this while based in our 1st outlet in Ampang. Alhamdulillah, by the time bulan puasa, dia dah dapat familiarize dengan flow kedai TTDI. So far, belum lagi customer complaint, cuma ada kadang-kadang komen ter-manis, ter-cair dan lain-lain "ter" yang boleh di adjust dengan segera.
This year jugak will be the second year berhari raya tanpa arwah my father in law, Hj Anuwar Azmie. Sebenarnya nak cerita yang recently, ternampak dalam facebook Haziqah Zuhuri, a very old friend of mine (dulu sama sekolah rendah Sek.Keb. Peringgit, Melaka), buat cupcakes. Dulu masa my parents berniaga kedai runcit kat Peringgit, Ziqah & family selalu shopping kat kedai kitaorg. Shopping grocery la kan. Tu yang terfikir nak letak cupcakes in one of the dessert's menu.
Nampak yummy kan? Memang yummy pun. Terer Ziqah!
Sembang punya sembang, maklumlah lama tak jumpa, taktau apa nak tanya sangat pun. So I casually asked her that I got to know about her dad's passing from facebook. Sama tahun jugak dengan arwah father in-law (which is 2009). So we exchanged stories on our lost. The shock and everything else. Lama tak berborak dengan Ziqah that we forgot how we address ourselves. Aku-engkau ke? I-you ke? Rancak Ziqah bercerita. Anyway Ziqah, your cupcakes memang sedap. My customers love them. Licin setiap Jumaat hingga Ahad.
Ada lagi 7-8 hari lagi puasa. Tak sangka dah dekat 3 minggu berkenduri. Pengalaman pertama buat buffet. Selalu tengok outlet Ampang je. Tak involve dengan preparation. Tau-tau makan je waktu berbuka. Masa kerja pulak dapat makan free kat hotel-hotel. Kali ini involve in and out. Seronok. Walaupun penat. Macam buat kenduri lah,bila makanan habis, kan puas rasanya. Achievement kecil yang tak pernah sangka boleh buat. Of course with the support from our family and the staffs. Oh and kawan-kawan juga!
Ya Allah, ramainya kawan-kawan datang. My friends and Amir's friends. Kawan from ExxonMobil, kawan from Petronas, from MMU, from sekolah. Tu yang bestnya, kawan-kawan datang untuk support sebab kawan-kawan kebanyakannya kaki makan :)
Raya ni kami cuti seminggu. Lepas tu nak tengok pulak macam mana flow lepas raya.
InsyaAllah nanti sambung lagi. Selamat berpusu-pusu merebut voucher dan discount mega sale 10 Ramadhan terakhir.
No comments:
Post a Comment