Wednesday, 19 October 2011

Islam is Beautiful on Ikim.FM

A few days ago, I asked a good friend that I miss writing but I seem to have run out of things to write about. The friend also perli that my customers don't really want to read about fashion (baiklah saya stop cerita pasal fesyen). This morning was my rezeki to listened to Prof Muhaya segment on Ikim.fm and is (as always) so inspired by her wisdom. So, here's the sharing is caring part.

The three things that each and everyone of us must do and practice and jadikan tabiat :

Tabiat ialah perkara yang menjadi kebiasaan seperti gosok gigi. Kalau tak gosok, rasa macam tak kena. (Ini pun Prof explain)

1. Buat/Tulis Skrip Kehidupan 
Bayangkan siapa yang kita nak jadi, lakonkan watak itu tapi in real life kita jadikan kenyataan.

2. List down Top 10 Goals 
Goals ni harus mengikut peringkat umur,sebab lain peringkat umur, lain benda yang hendak dicapai.
For eg, if you're 40 and you aim to perform Hajj by 41.

3. Jurnal Kesyukuran 
Sebab-sebab untuk bersyukur pada setiap hari.This one, semua orang patut tahu macam mana kot.

Below are the key points yang teringat dan sempat tulis :

1. Adakah kita cari makan ataupun mencari kehidupan
2. Orang berjaya ialah orang yang buat perkara yang orang tak berjaya tak suka buat
3. Hidup mestilah dari dalam ke luar, bukan luar ke dalam. Jangan biarkan dunia luar mempengaruhi dalaman kita
4. Tempat kerja ialah ladang pahala
5. Anak-anak adalah pencen kubur
6. Untuk dapatkan anak yang soleh, jadilah isteri yang solehah & suami yang soleh dulu
7. Jangan - Mengeluh, Merungut, Menyesal & Mengumpat. JANGAN.
8. Jangan kata tak cukup masa
9. Bermesyuarat dan berkomunikasi dengan ahli keluarga adalah penting
10. Masalah bukan halangan tetapi batu loncatan untuk melompat lebih tinggi
11. Jaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia
12. Jaga aurat
13. Sayangi anak, peluk dan puji anak
14. Didik anak terutama sekali dalam mendirikan solat
15. Berdakwah dengan menunjukkan akhlak yang baik
16. Percakapan menunjukkan sikap kita, sikap menggambarkan emosi, emosi menunjukkan pemikiran kita.

Ada banyak lagi tapi the above ni paling membuat rasa seperti baru lepas minum air 100 Plus. Rasa segar sangat. Oh she also said that kita kena ajar anak-anak seawal umur pandai menulis untuk menulis skrip kehidupan dan list down top 10 goals.

Prof Muhaya will be at a Festival (not yet google the full event name because too excited to write all the above takut lupa) this weekend :


Forum Cinta 
Moderator : Imam Muda Asyraf (tak kenal? sila google)
Panelist : Prof Dr Muhaya & Ustaz Zaharuddin
Date : 23 October 2011 (Sunday)
Venue : Stadium Melawati, Shah Alam

She also said forum ni sesuai untuk remaja, so adik2 yang baru nak berkenalan dengan cinta, sesuailah pegi. Tak semestinya remaja kot, I think sesiapa yang curious tentang Cinta as a whole boleh pegi dengar. Bak kata ustaz, dengar majlis ilmu, seolah-olah berada dalam taman syurga.

Hai..taknak ke pegi taman syurga?


(saya baru tau Prof Muhaya ialah seorang doktor mata)

No comments:

Post a Comment