Monday, 10 October 2011

10 Oktober Dalam Kenangan

Hari ini 10.10.2011 genaplah dua tahun perginya empunya initial "AAO", Allahyarham bapa mertua, Anuwar Azmie Othman. Terasa baru saja semalam tersentak, pejam celik dah dua tahun.

Syawal 2009, ketika itu masih dalam mood beraya, petang itu kami sedang gantung jam dinding yang arwah Abah & Mama hadiahkan. Jenuh nak gantung, paku tak mahu lekat kat dinding, dari tengahari bawak ke petang, baru tegak jam tu. Oleh kerana kami baru seminggu berpindah ke rumah baru, hari cuti kami pulun kemas dan unpack barang dari rumah lama.Dek kerana penat dari pagi, sampai tak sedar bunyi telefon dari pkl 3.00ptg sampai lepas Asar. By the time return call balik dalam 5.30 ptg, Abah dah tak ada. Amir, my room mate, tersandar kat tiang di tengah rumah. Malam tu pertama kali rasa nak balik cepat sebab nak tau keadaan semua yang dah ada di Ipoh,at the same time taknak balik sebab tak dapat terima kenyataan orang yang selalu tunggu kami pukul 1 pagi, buka gate, buka pintu, tolong angkat beg bila kami balik, dah tak ada.

Masa saya baru kahwin dan baru nak familiarize dengan rumah mertua, benda yang paling saya hairan sekali tengok ialah initial "AAO" yang ada pada banyak barang dan benda dalam rumah. Selipar, buku, Al-Quran, botol supplement, botol ubat dan macam-macam lagi. Kalau barang makanan or benda yang akan habis macam cecair pencuci pinggan,bukan initial tapi siap ada tarikh. Menandakan tarikh benda tu start guna. Pada saya, kalau sekali kita tanda, the next time tak perlu lah tanda lagi sebab kita dah boleh agak berapa lama benda tu bertahan. Ini tidak, sentiasa akan bertarikh setiap kali ganti yang baru. Tak tau la kalau orang lain ada buat atau tak, tapi ini memang pertama kali saya tengok. Trademark Arwah Abah.



Malam selepas kebumikan Arwah Abah, ntah tak tergambar perasaan saya masa jengah bilik Mama malam tu. Saya tengok dia tido memaling kekiri, sebelah tengah bawah bantal dia, sebelah lagi dia letak bawah bantal sebelah, bantal Arwah Abah. Sayu yang teramat sangat rasanya. Pada masa tu saya terfikir, how is she going to go through this? Tapi rupanya Mama is very strong. Allah takkan bagi ujian yang tak tertanggung oleh hambaNya kan. Sampai ke hari ini, saya memang salute Mama.

Anyway, this posting ialah tentang apa yang saya rasa dan go through selepas pemergian Arwah Abah and how it has changed my perspective towards so many things in life , in summary. Saya sendiri tak kenal rapat dengan dia tapi saya tau room mate saya sangat rapat dengan his father. Pergi tanpa pesan kata orang. Until today, setiap kali balik Ipoh, saya masih rasa keberadaan Arwah Abah.Itu saya, apetah lagi orang yang dah pernah berkongsi hidup lebih lama dengan dia kan.

Ultimately,ujian terhebat bila kehilangan orang yang kita kasihi ialah perasaan rindu. Selalu room mate saya bagitau dia rindukan Arwah Abah. Sejak Arwah Abah tak ada ni lah seolah-olah lebih kenal Arwah Abah sebab kita lebih kerap memperkatakan tentang dia. Siapa sangka saya hanya sempat berbapa mertua selama 2 tahun je.Tak sempat pun masakkan breakfast kat rumah baru.

Pemergian Arwah Abah juga menyedarkan saya bahawa hidup ni terlalu singkat, terlalu sekejap. Masa yang ada perlu digunakan untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai bukan saja satu atau dua peranan, tapi lebih dari yang kita jangkakan, lebih dari yang kita sangka kita patut buat. Betapa pentingnya untuk kenal siapa diri kita dan tahu tanggungjawab yang kita pegang. Job description yang datang dengan tanggungjawab tu perlu dilaksanakan dengan ada value. Baru lah tak sia-sia hidup. Bak kata Ustaz Pahrol (dia lagi), manusia ni hidup, bukan hidup-hidupan. Apetah lagi kita orang Islam, matlamat kehidupan ni adalah mutlak (elaboration kena baca buku Mukmin Professional). Kalau setakat makan, minum, membiak tu hidupan. Ni semua ada dalam buku Mukmin Professional. Memang kena tepat menusuk kalbu.
Dari sekecil-kecil benda, tingkah laku dan percakapan kita yang akan jadi contoh pada anak-anak, semuanya perlu ada value, tak boleh ambil ringan. No wonder pernah dengar sorang ustaz cakap, dia tido sekejap je, sebab hari dia penuh dengan aktiviti, bila tanya "Ustaz tak penat ke?". Dia jawab "Biar penat di dunia, nanti dalam sana boleh tidur". MasyaAllah. Patutlah Arwah Abah tak hairan dengan TV, sebok dengan aktiviti untuk make sure dapat tidur nyenyak kat sana nanti.

Jadi, sementara Allah pinjamkan nyawa yang takde charge interest ni, gunalah dengan sebaik-baiknya. Jangan sia-siakan resources yang Allah dah sediakan. Kalau boleh mari lah kita jadi orang yang bermanfaat pada orang lain. Bukan hidup untuk diri sendiri je tapi valuable pada ramai orang, terutamanya ahli keluarga kita sendiri. Allahua'lam. 


Gambar raya 2009. Ammar Zhaqwan dan Allahyarham Haji Anuwar Azmie bin Othman. Al-Fatihah untuk Arwah Abah. 

No comments:

Post a Comment