Bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu ketibaannya dah pun sampai ke penghujung. Pejam celik. Sangat sekejap. Daripada mula berkira-kira budget untuk buat buffet sampailah ke bill-bill yang tak sempat difailkan. Masuk minggu ketiga, beberapa kali staff saya tanya "Nak buat soto lagi ke hari ni puan?". Saya jawab "iye". Bosan agaknya dia hari-hari menggodek periuk soto. Hari-hari buat bergedil. Saya cakap, hari-hari buat untuk 60-70 orang. Yang makan setiap hari orang yang tak sama. Yang penting rasa sedap yang kena sama. Saya cakap, kalau kamu kerja hotel, lagi ramai. 365 hari buffet. Angguk je dia.
Lesson learned, awal-awal memang agak susah. Perit sebenarnya. Semuanya unexpected. Hari yang panas sampai ke petang, tak ramai pulak customer. Dengan tak disangka-sangka, masa hujan lebat, ribut semua cukup, kedai penuh sampai terpaksa tolak buffet reservation. Rezeki kita Allah yang tentukan.
Setakat ini, belum lagi ada rasa nak give up. Walaupun ada masa tu tak boleh nak angkat muka langsung. Punyalah penat. Mental dan fizikal.
Ada hari yang sibuk (especially weekend), kesian jugak tengok anak-anak saya.Terpaksa ikut bawak ke kedai. Trafik pulak tak membantu bulan-bulan puasa ni. Kalau selalu dapat jugak singgah kedai Atok diorang kat Ampang, tapi minggu pertama dapat lalu je. Sampai Ammar tanya "Kita tak pegi kedai Atok?"
Dah habis idea nak jawab, saya decide untuk tak lalu kedai Atok dia. Dari Tmn Nirwana, lalu depan De Palma, terus masuk ke Mamanda. Keluar Jalan Kolam Ayer Lama balik, memang masak jem kat situ. Kalau selalu pukul 5.30pm baru amik diorang, bulan puasa pukul 4pm saya dah sampai taska. Saya siap-siap bekal makanan so that budak-budak isi perut dulu sementara nak sampai ke TTDI. Lepas-lepas tu, Ammar tak tanya dah.
Tahun ni, tahun kedua saya berpuasa & menyusukan Elena (nak jugak tu cakap pasal breastfeeding). Kali ni, agaknya sebab banyak bergerak kesana sini, letih badan and saya skip-skip pumping schedule. Ada one time, saya beli jugak susu formula takut Nena tak cukup susu, tapi dia langsung taknak. Silap saya kot sebab baru nak introduce susu formula now that dia dah 1.6 tahun. Nak taknak, terpaksa kuatkan semangat menyusukan lagi. Apepun, semua kuasa Allah. Yang meng-ada-kan susu tu pun Allah. Lepas puasa ni, establish balik schedule.
Ramai orang terkenal makan kat kedai saya tapi saya selalu terlupa bawak kamera dan takde Blackberry or Iphone, takde lah amik gambar sebagai bukti. Bagi saya, tak kira siapa pun yang makan, tapi kalau dia pandai appreciate makanan, and bagi komen yang membina, pun dah cukup. Hari yang penat pun boleh jadi hilang penat bila dapat sembang-sembang dgn customer atau kawan-kawan yang datang dan bertukar-tukar pandangan tentang business.
Masa posting ni ditulis, saya tengah pikir kasut Ammar & Elena belum beli lagi. Semalam carik jugak kat The Curve tapi tinggal display. Tak nak lah bagi kasut display kan. Kalau takde jugak takpelah kot. Budak-budak ni bukan tau ape pun. Mak dia je yang over. Kesian lagi orang kat Somalia tu.
Monday, 29 August 2011
Wednesday, 24 August 2011
Buku bulan ini
Saya belum lagi baca atau beli buku ini. Dah nak habis bulan puasa pun. Kritika (kawan baik saya) yang highlightkan buku ni pada saya. Saya ada tertengok MHI and Ustaz Hasrizal kebetulan bercerita pasal Transformasi Ramadhan pada masa itu.
http://www.goodreads.com/book/show/9074299-transformasi-ramadan
Salah satu target yang saya letak setiap tahun (terutamanya bulan Ramadhan) ialah untuk transform pemakaian saya ke arah fully syariah compliant. Kalau time kerja dulu, bulan puasa hari2 pakai baju kurung. Seasonal betul. Habis je puasa, pakai ranggi balik. Tahun ini, target belum berjaya dicapai. Teringat kata2 ex-colleague saya, Yder. Dia selalu tegur kalau saya pakai baju berlengan three quarter ataupun long sleeve yang sengaja saya roll up kan. Sambil dia turunkan sleeve saya dia cakap " Leen, kulit Leen ni tahan api 70 kali ganda kot". Camtu lah lebih kurang dia cakap dengan nada bergurau. Tapi memang melekat dalam kepala saya sampai ke hari ni.
So itulah target saya setiap kali Ramadhan. Kalau takde target, seolah-olah macam takde purpose in life. Bila ade purpose, baru lah ada strategi yang dirancang untuk mencapai target. Mungkin strategi saya tak berapa tepat. Mari bermuhasabah.

Rajin anak mummy
My eldest sangat rajin bab2 mengemas. Every night without fail dia akan tolong angkat kerusi yang susun kat luar masuk dalam balik. Kerusi sama besar dengan orangnya. Sampai rumah cepat dia tido sebab kepenatan :)
Familiar faces
Beberapa orang kawan stopped by to buka puasa at our place this week.
Rayyan - hero of Musliha & Faisal.
Aznan & girlfriendnya. Regular customer. Seminggu sekali mesti datang.
Rayyan - hero of Musliha & Faisal.
If you're breastfeeding, or if your wife is breastfeeding, you must know Farah Farhan. She is the proud owner of www.sarakids.com. We had a very good sharing session hari tu. Penuh dengan info especially from Farah's husband. Maklumlah diorang ni senior dari kitaorg dalam selok-belok business. Berkobar-kobar semangat bila duduk dgn diorang ni. So, siapa agak-agak nak melangkah masuk ke kancah perniagaan, boleh la dengar-dengar tips dan tricks dari orang yang berjaya macam Farah Farhan ni.
Sunday, 21 August 2011
Berpuasa di Taman Tun Dr Ismail
Bismillah..
Lama sungguh tak tengok blog. Terpanggil-panggil hendak menaip tapi kesuntukan masa. Bila ada benda nak dishare, bermain-main dalam kepala, tapi tak dapat nak curi masa menghadap komputer.
Banyak dah experience yang dilalui yang sepatutnya nak ditulis, tapi takpelah. Takdelah extraordinary mana pun. Biasa-biasa je.
Bulan puasa ni kami decide untuk buat buffet waktu berbuka puasa. Based on our experience kat Ampang, kami tawakal. Beli barang buffet sikit-sikit, cukupkan yang mana tak cukup. Imagine macam nak buat kenduri lebih kurang 70 orang setiap hari. Weekend boleh sampai 100 orang. Lebih dari tu takut customer tak selesa pulak duduk kat luar. Itupun Hj Hashim (my father lah kan) awal-awal dah berdiplomasi dengan tokey kedai junk shop sebelah nak pasang lampu kat luar kedai dia, tapi suis pasang kat kedai kami. At least nampak lah lauk waktu customer makan nanti.
However, at the last minute jugak, our cook had to go back to her home country (tak jauh pun) untuk pegi kursus Haji and cuti terus sampai next January. So we had a new cook coming in. Takdelah new, tapi she was all this while based in our 1st outlet in Ampang. Alhamdulillah, by the time bulan puasa, dia dah dapat familiarize dengan flow kedai TTDI. So far, belum lagi customer complaint, cuma ada kadang-kadang komen ter-manis, ter-cair dan lain-lain "ter" yang boleh di adjust dengan segera.
This year jugak will be the second year berhari raya tanpa arwah my father in law, Hj Anuwar Azmie. Sebenarnya nak cerita yang recently, ternampak dalam facebook Haziqah Zuhuri, a very old friend of mine (dulu sama sekolah rendah Sek.Keb. Peringgit, Melaka), buat cupcakes. Dulu masa my parents berniaga kedai runcit kat Peringgit, Ziqah & family selalu shopping kat kedai kitaorg. Shopping grocery la kan. Tu yang terfikir nak letak cupcakes in one of the dessert's menu.

Nampak yummy kan? Memang yummy pun. Terer Ziqah!
Sembang punya sembang, maklumlah lama tak jumpa, taktau apa nak tanya sangat pun. So I casually asked her that I got to know about her dad's passing from facebook. Sama tahun jugak dengan arwah father in-law (which is 2009). So we exchanged stories on our lost. The shock and everything else. Lama tak berborak dengan Ziqah that we forgot how we address ourselves. Aku-engkau ke? I-you ke? Rancak Ziqah bercerita. Anyway Ziqah, your cupcakes memang sedap. My customers love them. Licin setiap Jumaat hingga Ahad.
Ada lagi 7-8 hari lagi puasa. Tak sangka dah dekat 3 minggu berkenduri. Pengalaman pertama buat buffet. Selalu tengok outlet Ampang je. Tak involve dengan preparation. Tau-tau makan je waktu berbuka. Masa kerja pulak dapat makan free kat hotel-hotel. Kali ini involve in and out. Seronok. Walaupun penat. Macam buat kenduri lah,bila makanan habis, kan puas rasanya. Achievement kecil yang tak pernah sangka boleh buat. Of course with the support from our family and the staffs. Oh and kawan-kawan juga!
Ya Allah, ramainya kawan-kawan datang. My friends and Amir's friends. Kawan from ExxonMobil, kawan from Petronas, from MMU, from sekolah. Tu yang bestnya, kawan-kawan datang untuk support sebab kawan-kawan kebanyakannya kaki makan :)
Raya ni kami cuti seminggu. Lepas tu nak tengok pulak macam mana flow lepas raya.
InsyaAllah nanti sambung lagi. Selamat berpusu-pusu merebut voucher dan discount mega sale 10 Ramadhan terakhir.
Subscribe to:
Posts (Atom)